Pages

Saturday, November 30, 2013

‘Ganti’ Adakan Majlis ‘Lepak Santai’ Sebagai Sesi Ta’aruf

KUALA NERUS – [Lihat Video] Atas Kesedaran sekumpulan Anak Muda Terengganu, telah menubuhkan sebuah NGO yang diberi nama Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ).
Menurut Presidennya Haji Amzad Hashim, Ganti adalah persediaan awal untuk menghadapi Pilihanraya Umum kali Kali Ke-14 akan datang, dengan slogan yang lebih serius ‘ Amar Makruf Nahi Mungkar’.
“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” Katanya memetik firman Allah dari surah Ali Imran ayat 104.

Beliau memperkenalkan NGO Ganti yang bermatlamat untuk mengejutkan dan menggerakkan seluruh rakyat negeri Terengganu dari lena, cuai dan lalai yang berpanjangan, terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, katanya, Ganti akan bergerak menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat negeri Terengganu supaya rakyat menginsafi hal ehwal negeri yang sebenarnya dizalimi dan menanggung rugi oleh tindakan Persekutuan.
“ (kerajaan Persekutuan) yang menganaktirikan pembangunan yang sepatutnya lebih layak ditumpukan di negeri ini yang lebih 90% Melayu Islam serta sebagai penyumbang terbesar hasil petroleum negara.
“rakyat juga mesti diinsafkan (menginsafi) hal keadaan nasib rakyat yang dizalimi dan menanggung rugi serta teraniaya oleh tindakan mereka yang diamanahkan mentadbir negeri,
“berupa (melakukan) penyelewengan, rasuah, ketidak adilan, diskriminasi berasaskan politik dan pengkhianatan terhadap Islam dan nilai-nilai mulia kehidupan beragama yg turut dikongsi bukan Islam yang menjadi kepada asas Rukun Negara,”jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam program sepetang ‘Lepak Santai’ bersama Ganti yang diadakan di pondok Gazebo perkarangan pasaraya Hyperuncit Sabasun 2 dekat sini, pada Jumaat 29 November.
Selain itu, katanya lagi, rakyat perlu menginsafi masa depan agama, bangsa, negeri dan negara terletak pada kualiti masyarakat, berhubung kait dengan akhlak dan sakhsiah, disiplin diri, tahap keilmuan dan pendidikan serta pegangan agama yang berasaskan akidah keimanan yang betul dan yang teguh.
Justeru, beliau menyeru rakyat untuk bersasma bersama Ganti melaksanakan amanah Amar Makruf Nahi Mungkar dan dalam masa yang sama menjalin persaudaraan sesama Islam, sesama rakyat termasuk non muslim yang juga mempunyai hak yang dilindungi perlembagaan negara dan prinsip Islam.

Like Pages : http://fb.com/ganti.trg
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019910 5222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com