Pages

Saturday, November 16, 2013

Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey


Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey

IPOH: Seorang wanita  memohon maaf secara terbuka kepada pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey  Green Town, Ipoh  di atas perbuatannya sehingga menjejaskan reputasi dan imej restoran berkenaan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, beliau sebenarnya tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey menerusi Facebook sehingga tersebar di internet secara meluas.

Menurut Ze Aida,  kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran berkenaan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab  telah  mencetak paparan statusnya lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet.

“Pihak pengurusan restoran Nasi Vanggey berasa terkilan dan menuntut saya membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan pihak media dan kami mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak. Sehubungan itu bagi memenuhi permintaan pihak Nasi Vanggey  saya dengan ini memohon maaf sekali lagi kepada pihak pengurusan restoran tersebut atas kesilapan saya dan amat menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya.

Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu supaya tidak timbul masalah di kemudian hari seperti yang saya hadapi sekarang ini.” tambahnya lagi.

Ze  Aida berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Restoran Nasi Vanggey, Green Town, Ipoh pada Jumaat.

Sementara itu pengurus Restoran Nasi Vanggey, Ahmad Fazli Mohammed meminta orang ramai terutama  pelanggan setia restoran tersebut supayaterus memberikan sokonganmereka kepada restoran berkenaan.

“Kepada pelanggan  yang ada rasa  musykil untuk datang, teruskan datang dan sokong kami  dan isu-isu yang disiarkan dalam media masa dan media sosial adalah tidak benar sama sekali. Kami menafikan tentang terjumpanya najis di dalam peti simpanan makanan kami, terima kasih.” jelasnya.



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 019910 5222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com