Pages

Tuesday, December 10, 2013

HAMIDAH DIPERINTAH BYR KHALID RM50,000.00

Mahkamah benar MP rayu kes saman Hamidah



PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah Anggota Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar beliau memakai jubah paderi dalam laman blog Ketua Penerangan Wanita Umno itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Abdul Khalid.

Mahkamah Rayuan turut memerintahkan Hamidah membayar RM50,000 sebagai kos kepada Abdul Khalid. 

Mohamad Ariff juga memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi. 

Dalam penghakimannya, beliau berkata perkataan dan gambar dalam artikel itu terbukti satu fitnah. 

Panel itu turut dianggotai Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Hamidah pada 2011 berhubung penyiaran artikel dan gambar 'superimpose' beliau di laman blog defendan pada Jan 2010. 

Penyataan tuntutan Abdul Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.    

Beliau menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlah, relif dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 

Hamidah, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, dalam pembelaannya berkata Abdul Khalid, sebagai seorang jurutera, tidak layak mengulas isu berkaitan penggunaan kalimah Allah.   

Pada 12 Julai lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah Abdul Khalid. Beliau diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham. - Bernama.


IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199105222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com