Pages

Friday, December 13, 2013

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA - As-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
As-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla Pencetus Gelombang Keadilan Islam Bangladesh: Kerajaan Malaysia Jangan Jadi Boneka Lagi

Sekali lagi sejarah Jamaat-E-Islami terpapar dalam sejarah gerakan Islam dunia apabila Penolong Setiausahanya, Syeikh Abdul Quader Molla dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

As-Syahid yang asalnya dihukum penjara seumur hidup telah dibicarakan semula oleh mahkamah Bangladesh yang dirancang oleh pihak sekular untuk menyekat dan mematikan gerakan Islam tersebut di Bangladesh. Akibat perancangan jahat ini, as-syahid menjadi mangsa kezaliman politik.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam tindakan zalim tersebut dan mendesak kerajaan Malaysia untuk turut memberikan tekanan politik kepada kerajaan Bangladesh agar menghentikan tindakan hukuman kejam seperti ini.

Jika benar kerajaan Malaysia ingin menjadi watak utama dalam membela umat Islam seluruh dunia, DPPM mendesak kerajaan Malaysia hari ini untuk turun bersama-sama menyelamatkan pejuang-pejuang Islam di tempat lain khususnya di Bangladesh.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
10 Safar 1435 bersamaan 13 Disember 2013
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com