PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.

mat sabu pas youth agm 211113 01Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang, sudah biasa dengan Pulau Pinang. 

(Dengan) pelantikan pesuruhjaya ini, beliau akan meneruskan kerja-kerja dalam konteks dalam Pakatan Rakyat dan pengendalian kepada kerja-kerja organisasi.

"Timbalan presiden PAS dapat membantu banyak dan menyelaras kerja-kerja (PAS) di sana," kata Mustafa.

Kecuali Pulau Pinang, semua pesuruhjaya negeri telah dilantik awal bulan ini.