Pages

Tuesday, January 14, 2014

Alkisah Asal Usul Kampung Kangkong

Alkisah asal usul Kampung Kangkung, Pasir Mas, Kelantan
Alkisah pada zaman dahulu kala ada seorang memanda menteri namanya Najub. Beliau memerintah di negeri Huru Hara dan tampuk pemerintahannya digelar Putar Jaya. Maka tersergam indahlah istana kediamannya yang digelar Kacau Villa itu. Nama Najub itu adalah dipercayai asal usulnya dari singkatan kepada perkataan melayu "menakjubkan". Oleh kerana selalu diucapkan orang dan mungkin juga pengaruh era SMS imbuhan "me" dan "kan" lama-lama tidak lagi relevant. Untuk memudahkan sebutan lalu dipendekkan kepada Najub sahaja. Alkisah si Najub ini hobinya adalah makan sejenis sayur yang tumbuh liar di tepi "car" yang diberi nama kangkung. Untuk adik-adik di bandar sana "car" bukanlah sejenis kenderaan yang bertayar empat dan berstereng satu tetapi ia adalah suatu tempat di bawah rumah kampung di mana sisa air dari dapur dan bilik air dialirkan ke satu kawasan lopak kecil. Maka mengikut peredaran zaman "car" ini tidak lagi wujud di bandar kerana air dari dapur dan bilik air sudah disalurkan ke longkang atau saluran pembetungan. Berbalik semula kepada kisah si Najub. Adalah diriwayatkan si Najub ini apabila umurnya mencecah akil baligh maka diperkenalkanlah kepadanya seorang wanita yang digelar "Rusmoh". Adapun berkenaan dengan gelaran Rusmoh itu amatlah panjang jalan ceriteranya hinggakan kalau hendak diperincikan satu persatu maka 1001 malampun tidaklah tamat riwayatnya. Maka oleh kerana cantik rupawan si Rusmoh ini maka ramailah jejaka waras dan tidak kurang juga jejaka gila yang tergila-gilakannya. Tersohorlah sudah kecantikan rupa paras si Rusmoh ini ke seluruh negeri Huru Hara hingga jejaka-jejaka kampung cuba memikatnya termasuklah si Najub. Maka Rusmoh dengan kecerdikan otaknya berkata bahawa sesiapa yang berjaya dalam pertandingan makan kangkung akan terpilih menjadi suaminya. Dipendekkan cerita si Najub ini memang kegemarannya adalah makan kangkung. Maka pada hari pertandingan itu rakyat jelata datang berduyung-duyung untuk melihat siapakah yang berjaya memiliki Rusmoh. Najub berpendapat bahawa kangkung adalah sayuran yang mempunyai kuasa ajaib. Ia adalah apa yang dipanggil water spinach dalam bahasa Inggeris. Dan oleh kerana terpengaruh dengan watak Popeye yang akan makan spinach bila dia ingin menjadi kuat maka Najub berfikir bahawa dengan memakan kangkung dia boleh menjadi kuat seperti Popeye. Bila tiba giliran Najub beliau dengan gagahnya memamah kangkung yang tumbuh melata di tepi sawah di kampong itu. Sedikit demi sedikit beliau bertukar menjadi Popeye. Orang ramai menjadi lebih teruja dengan kehebatannya memakan semua kangkung di sawah. Tidak cukup dengan kangkung di sawah Najub terus mencari semua kangkung di kawasan car di bawah rumah sekeliling kampungnya. Sehingga ke hari ini tiada lagi species kangkung yang tumbuh liar di kampong itu. Penduduk kampong sangat hairan dengan kehebatan Najib lalu menamakan kampong tersebut Kangkung sempena dengan peristiwa itu. Itulah sahaja alkisahnya. Nota:  Kisah dongeng asal usul tempat ini seperti yang diceriterakan kepada saya semasa belajar di SK Kangkong pada lewat 70an. Untuk kesahihan anda boleh merujuk Kitabul Wujud fi Malayzia (terjemahan Kitab Rakyat 1Malaysia).
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com