Pages

Tuesday, January 21, 2014

Kumpulan 'pro-kangkung' bakar patung 'Kai Lan'

Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mobwakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya.

Mereka juga menyimbah air ke atas poster pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang bertulis: "Guru yang ajar DAP biadab Melayu".

Kira-kira 300 orang menyertai perhimpunan di kawasan pasar malam di Alma.

Sebelum itu terdapat ucapan yang menggelar Khai Loon sebagai kurang ajar, bodoh dan bermulut kotor.

Mereka juga mempermain-mainkan nama Khai Loon sebagai “Kai Lan”, sempena nama sayur popular di Malaysia selain kangkung.

Antara yang hadir setiausaha Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Ishak yang berucap daripada atas lori.

'Sudah potong, tak takut syahid'

Turut berucap seorang bekas komando yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Jalid yang mencabar Khai Loon mengadakan flash mob sekali lagi jika berani.

"Saya sudah potong... tak takut mati syahid," katanya.

Sementara itu, perhimpunan itu juga menyaksikan insiden dua lelaki diserang oleh orang ramai.

Bagaimanapun, polis berjaya meleraikannya dan membawa seorang individu berkenaan keluar daripada kumpulan itu.

Kemudian seorang daripada peserta dilihat berkata: "Siapa suruh dia kata Melayu bodoh".
DAP Pulau Pinang dijadual membuat laporan polis berhubung perhimpunan itu hari ini.

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com