Pages

Tuesday, January 7, 2014

Hero 'Walk 4 Malaysia' UMNO Terengganu koma dibelasah ..


Tentu ramai yang masih ingat siapakah lelaki dalam gambar di atas ni.. buat yang dah lupa, beliau adalah lelaki yang menjadi kebanggan UMNO Kuala Terengganu tahun lalu setelah selesainya PRK DUN Kuala Besut.

Beliau merupakan seorang penyokong tegar UMNO/BN yang telah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO/BN berjaya mengekalkan kerusinya di Kuala Besut dalam pilihan raya kecil tersebut. 

Mohd Noor Mat, 47 yang merupakan seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut akan menunaikan nazarnya untuk berjalan kaki sejauh lebih 680 kilometer itu.


Beliau dikatakan  mengambil masa selama 12 hari bagi menamatkan perjalanan 'Walk4Malaysia' yang ditaja sebanyak RMRM650,000 ( sila baca di SINI ) melalui Kuala Besut ke Kuantan dan Kuala Lumpur sebelum ke Putrajaya.

Lelaki tersebut  dilaporkan telah dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan individu yang dikenalinya setelah pertengkaran dalam satu mesyuarat yang dihadirinya berlarutan hingga ke luar Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut..


Ni laporan dari Bernama..

KUALA TERENGGANU – Seorang Pekerja Rendah Am Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut yang pernah berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya cedera dipukul beberapa lelaki yang dikenalinya Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang di hadapan Dewan Gong Kemuntong ketika Mohd Noor Mat, 47, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, mangsa telah disekat sekumpulan individu hingga berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditumbuk dan dipukul.
Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, pihak polis telah mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan gerakan memburu sedang dijalankan.
“Kita sedang kesan suspek ini dan kita percaya dia akan ditangkap tidak lama lagi. Penangkapan suspek ini pastinya akan membawa kepada penangkapan suspek-suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.
Terdahulu, pada 2007, Mohd Noor menyahut cabaran Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh untuk berjalan kaki dari Kemaman hingga Besut.
Beliau mengulangi kejayaan itu tahun lepas dengan berjalan kaki pula dari Kuala Besut ke Putrajaya sejauh 600 kilometer sebagai melunaskan nazarnya setelah Barisan Nasional mengekalkan kerusi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada Julai tahun lalu.

Ini pula laporan dari Sinar Harian..

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.
Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.
“Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki Mercedes di lokasi kejadian.
“Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan.
“Bagaimanapun dia dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya. Jelas Manoharan lagi, identiti suspek utama telah dikenal pasti dan kini usaha memburunya giat dijalankan.

Kenapa agaknya Hero UMNO itu dibelasah?..  Dari apa yang Berita Harian laporkan di atas tu sebabnya ialah selisih faham tentang program 'Walk 4 Malaysia' tu...

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com