Pages

Thursday, February 20, 2014

KEGAGALAN KHALID SAMAD MEMAHAMI UNITY GOVERNMENT DAN KEGOPOHAN MENERIMA IDEA KONSENSUS NASIONAL



Merujuk kepada tulisan Khalid Samad (KS) beralamat: …., mengatakan bahawa Unity Government (UG) ditakrifkan sebagai:

"pembentukan sebuah kerajaan bersama di antara BN dan PR. Walaupun ada yang berpendapat diantara UMNO dan PAS, tetapi saya memahaminya sebagai BN dan PR. Dan dalam masa yang sama pembangkang ditiadakan. Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan".

Titik kesalahan KS bagi memahami UG adalah : "dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan". Padahal, entiti parti, pembangkang dan Pakatan Rakyat tidak sama sekali ditiadakan. Penggabungan hanyalah dari pembentukan kerajaan yang tidak melibatkan parti politik. Bagi mendapat rujukan lanjut mengenai UG, sila hit alamat ini:http://en.wikipedia.org/wiki/National_unity_government .

Kesilapan kefahaman KS bukanlah kesilapan teknikal semata-mata tetapi mengulangi lagi kesilapannya dengan mengatakan: "Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan".

Begitu juga, KS telah melakukan kesilapan besar dalam memahami Konsensus Nasional (KN). KS mengatakan:
"KN membawa erti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan mencari titik persamaan dan persetujuan terhadap cara mengusahakan sesuatu penyelesaian secara bersama. Ini dilakukan dalam keadaan parti pemerintah tetap sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang kekal sebagai parti pembangkang dan masing-masing terus dengan peranan masing-masing".

Intipati takrif KS ini adalah sebagaimana berikut:
1. Parti Pemerintah tetap sebagai parti pemerintah
2. Parti Pembangkang kekal sebagai parti pembangkang.
3. Parti Pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang.

Intipati pertama dan kedua yang disebut KS adalah sebagaimana diamalkan sekarang. Begitu juga entiti ketiga iaitu parti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang adalah sebagaimana diamalkan sekarang. Justeru, KN tiada beza dengan sesuatu yang wujud dan ada sekarang kerana Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri telah sedia ada menjadi tempat dimana wakil-wakil rakyat dari pelbagai latar belakang parti politik duduk bersama.

Malah, penghujahan KS mengenai MAPEN dan Dialog Nasional hanya menerangkan sesuatu yang sudah berlaku sebelum KN, disebut yang telah berlaku dan selalu berlaku serta tiada perubahan dan pembaharuan entiti dan kesan KN melainkan semuanya adalah idea sia-sia.

Sebenarnya, penghujahan KS menampakkan ketidak matangan dan kegagalan beliau dalam menampil dan membentuk hujah yang konkrit. Jawapan KS hanyalah bersifat egoist iaitu berlagak dengan memandang rendah pandangan orang lain. Karakter sebegini tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang pemimpin jamaah Islam. Di bawah ini, saya senaraikan kata-kata egonya:

1- "Walaupun ini merupakan persoalan bodoh dan kebudak-budakan, tetapi oleh kerana ada yang beranggapan begitu maka ia perlu dijawab".

2- "dengan sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan sebahagian ahli, sehingga isu wala’ dan thiqah terus ingin dibangkitkan selepas 5 tahun, itulah apa yang tetap tercapai".

3- "Tahap pemikiran seperti mereka ini agak kebudak-budakan. Perbahasannya peringkat bangku sekolah rendah. Teringat saya suasana semasa saya di sekolah rendah bagaimana ada yang bergaduh atas perosalan ayah siapa yang lebih pandai!".

4- "Biarkanlah. Semakin terserlah kebudak-budakan mereka".

Setelah definisi atau takrifan UG dan KN serta segala penghujahan Khalid Samad telah dipaparkan dalam tulisan pendek ini, saya ingin menasihati YB Khalid Samad supaya belajar beradab dengan adab Islam. Sabda Nabi S.A.W. "Antara kebaikan (adab) Islam adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermakna". Pelajarilah sabda nabi yang paling asas jikalau mahu menulis sesuatu, bukanlah menulis dengan tulisan yang tidak konkrit dan berbaur emosi. Apatah lagi menggunakan kata-kata yang tidak elok. Saya mengharapkan agar semua ahli PAS menilai sikap dan perangai beliau, adakah orang sebegini layak dipilih dan digelar sebagai pemimpin Islam dan Jamaah Islam.

Ust. Nazri Ahmad
Ketua Pemuda PAS Pahang.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com