Pages

Thursday, February 27, 2014

Presiden PAS Fail Notis Ketepikan Perintah Penghakiman Ingkar

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memfailkan notis permohonan mengenepikan Perintah Penghakiman Ingkar yang telah dimasukkan oleh plaintif pada 17 Februari lalu.
Peguamnya Haji Asmuni Awi berkata mahkamah telah menetapkan untuk mendengar permohonan mengeepikan perintah tersebut pada 30 Mac depan.
fail notis ketepi1“Assalamu’alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, saya suka maklumkan bahawa pada hari ini saya telah memfailkan notis permohon untuk mengegnepikan perintah penghakiman ingkar,
“yang dimasukkan oleh pihak plaintif Encik Shamsul terhadap Tuan Guru Presiden (PAS) Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Februari lalu,
“dan permohonan pada hari ini adalah untuk mengenepikan perintah tersebut, dan mahkamah telah menetapkan pendengaran untuk permohonan untuk mengenepikan perintah tersebut pada 30hb Mac yang akan datang ini,”jelasnya.
fail notis ketepiBeliau yang juga Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat berkata demikian pada stu sidang media di lobi mahkamah Kompleks Mahkamah Tinggi dan Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis 27 Februari.
Hadir sama ialah Setiausaha Politik Presiden PAS Dr. Shamsuri Mokhtar, Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Pembantu Khas Presiden Sdra Mohd Zaihan Daud dan peguam Ahmad Firi Asmuni.
Katanya, salinan permohonan tersebut akan dihantar segera kepada peguam pihak plaintif A. Vasudevan.
Sementara itu, katanya, pihak plaintif boleh mengemukakan apa-apa hujah untuk difailkan dan membalas sebarang dokumen atau affidavit yang dikemukakan oleh pihakk plaintif sebelum pendengaran pada 30hb Mac..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com