Pages

Friday, March 7, 2014

Anwar bersalah meliwat pembantunya, putus Mahkamah Rayuan

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 07, 2014 LATEST UPDATE: MARCH 07, 2014 06:31 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes liwat II. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes liwat II. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anwar dijangka akan dikenakan hukuman penjara yang lebih lama selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya.
Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.
Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.
Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".
Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.
"Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.
Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"
Sementara itu,Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch  Phil Robertson berkata, ini adalah penghakiman politik.
"Perbicaraan ini bertujuan untuk menendang Anwar keluar dari politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia berlaku.
"Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung dalam kerier politiknya, di mana mahkamah telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.
"Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik dimainkan di depan mereka.
"Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi," katanya.
Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.
Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.
Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.
"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.
"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.
Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.
"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."
"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.
"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya.
Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam.
Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia.
Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu  Anwar bangun dan berkata "Kita buat sekarang."– 7 Mac, 2014.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com