Pages

Tuesday, May 27, 2014

Dyana lebih berani daripada saya kerana jadi calon DAP, kata Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Dauh (kanan), di sidang media di Taman Cicely, Teluk Intan, hari ini. –  Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Dauh (kanan), di sidang media di Taman Cicely, Teluk Intan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan calon Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud seorang "berani" kerana bertanding atas tiket DAP, dan berkata keberanian seperti itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.
Hadi berkata pengundi perlu memilih Dyana kerana kesanggupannya menjadi calon DAP.
"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi calon DAP. Calon DAP juga.
"Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.
Presiden PAS itu tiba hari ini di Teluk Intan untuk turut serta dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkempen untuk Dyana menjelang pilihan raya 31 Mei ini.
Berucap di hadapan penyokong majoriti Melayu hari ini, Hadi berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.
"Kalau kita cerdik, kita bukan bincang pasal bangsa orang yang kita pilih sebagai calon jadi wakil kita, wakil bagi Parlimen. Kalau menang sebagai calon, akan cakap di Parlimen bagi pihak kita.
"Kita percaya Dyana, lawyer muda, kalau menang jadi wakil rakyat kita, dia bercakap, dia berani, kita percaya."
Sebaliknya, Hadi berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong akan hanya jadi "tukang angguk" di dalam Parlimen.
Hadi berkata beliau bimbang BN menggunakan wang dan saguhati memancing undi dalam pilihan raya di Teluk Intan.
"Saya percaya, khususnya di kawasan-kawasan Melayu, (BN) akan banyak tabur duit. Saya tahu ini kerajaan BN, terutama bila calon kaya," katanya.
Hadi turut memberi perumpamaan ikan dan umpan.
"Ikan cerdik makan umpan, tak makan kail. Bagilah banyak-banyak umpan, biar umpan habis. Kail jangan makan," tambahnya.
Beberapa menteri sebelum ini menjanjikan pelbagai pembangunan di Teluk Intan sekiranya presiden Gerakan menang, termasuk kelajuan Internet lebih tinggi, sebuah krematorium dan dewan orang ramai untuk masyarakat India, dan pakaian seragam baru untuk sukarelawan Rela.
Bagaimanapun, Mah menjauhkan diri dari janji tersebut dengan berkata beliau hanya bertanggungjawab untuk manifesto sendiri. – 26 Mei, 2014..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com