Pages

Wednesday, September 24, 2014

Ahmad Said tak hadir sidang DUN T'ganu

Bekas Menteri Besar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak hadir persidangan hari pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu hari
ini.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong berkata Ahmad tidak hadir dengan kebenaran atas alasan yang kukuh.

"Saya bersyukur kerana persidangan hari ini berjalan lancar dan kehadiran juga memuaskan, daripada 32 orang Adun, hanya seorang yang tidak dapat menghadirkan diri.

"Beliau telah memberi notis ketidakhadirannya dengan alasan yang kukuh dan saya memberi kebenaran," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan hari ini.

Ahmad yang menjadi menteri besar Terengganu pada tahun 2008 meletak jawatan dan digantikan dengan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mei lalu.
- Bernama.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com