Pages

Sunday, September 28, 2014

Keikhlasan DAP 'bersama' Orang Melayu/Islam mula dipertikaikan

Iszuree: K'jaan PP sombong, tak demokratik

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkaprinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itapabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa TetapMPPP dan membekukan semua peruntukannya.

Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sebelum ini mendesak Anggota Parlimen Temerloh daripada PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memohon maaf berhubung kenyataannya dalam isu projek terowong dasar laut, dilihat mengambil langkah lebih drastik terhadap Iszuree berikutan tindakan sama menegur kerajaan negeri itu.

Iszuree ketika dihubungiBernama mengesahkan menerima surat daripada MPPP berhubung perkara itu dan beliau menyerahkan kepada parti PAS kerana beliau dilantik sebagai anggota majlis oleh parti.

"Saya serahkan (perkara ini) pada parti untuk menentukannya. Saya ahli majlis yang dilantik oleh parti dan saya juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri. Pada masa sama, saya juga merujuk kepada peguam saya nak tengok ada kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan buat saman malu," katanya.

Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara.

"Saya bercakap atas keprihatinan rakyat tanpa mengira kaum. Tapi Malaysia Kini telah 'misquoted' kata saya mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri.

Hasil daripada laporan Malaysia Kini, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.

"Kerajaan negeri pula tanpa mendapat penjelasan saya dan berpandukan laporan Malaysia Kini telah mengambil keputusan semalam menggantung saya serta-merta, umpama memecat saya. Ini amat sedih bila kita tegur, terus diambil tindakan.

"Saya rasa ini cukup tidak demokratik dan hala tuju kerajaan negeri DAP cakap tak serupa bikin, hanya gimik sahaja," katanya.

Beliau berkata teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada ketua menteri, bagaimanapun kerajaan negeri tetap memecat beliau.

Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam majlis berasingan enggan mengulas perkara itu.

Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.

- Bernama.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com