Pages

Tuesday, September 30, 2014

KJ: Menang di P/Kubor tak gambar tawan K'tan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor tidak menggambarkan parti itu akan merampas Kelantan dari PAS.

Sebaliknya, beliau berkata BN perlu bekerja keras lagi untuk membuktikan parti itu mampu membela dan memberi pembangunan kepada negeri itu.

Menurut menteri belia dan sukan itu lagi, kemenangan BN di negeri itu juga ditentukan oleh kekuatan jentera parti sama ada mereka bekerja keras atau tidak.

"Kita kena buktikan pada Kelantan, yang kita dapat menawarkan satu visi pembangunan yang lebih baik pada mereka (PAS).

"(Tetapi) ia tidak secara automatik bila kita menang Pengkalan Kubor, kita menang Kelantan.

"Alhamdulillah ada kejayaan tetapi tidak semestinya," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kelantan mungkin akan jatuh ke tangan BN.

Lim berkata perkara itu mungkin akan berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat terus berlaku di kawasan lain di negeri itu selepas Pengkalan Kubor.

Pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor calon BN Mat Razi Mat Ail memperolehi 9,981 undi menewaskan calon PAS wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya 38 undi.

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi.
Ia meningkat hampir 900 undi berbanding penyandangnya allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com