Pages

Saturday, September 27, 2014

PAS Selangor nafi setuju kurangkan exco

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa telah bersetuju agar bilangan exco PAS di dalam kerajaan negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

PAS negeri, jelasnya juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya yang juga Adun Paya Jaras dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini, katanya exco-exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, tegas beliau PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut. - HARAKAHDAILY 26/9/2014
Komposisi Exco Selangor 4 PKR, 3 DAP, 3 PAS.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com