Pages

Wednesday, October 8, 2014

Kenyataan Media Exco Agama Selangor

Kenyataan tentang arak : Sebagai Exco yang menerima amanah dari Kerajaan Negeri dgn ini merasa amat menyesali dengan Agenda Besar Carlsberg Malaysia dalam penganjuran Oktoberfest di beberapa tempat di negeri Selangor dan Grand Finalenya di 1 Utama yang disifatkan sebagai gagal memahami sensitif agama di Malaysia khususnya Agama Islam di Negeri Selangor.

Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan : “Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak "

1) yang memerasnya (memerahnya)
2) yang minta diperaskannya
3) yang meminum
4) yang membawa
5) yang minta dihantari
6) yang menuangkannya
7) yang menjual
8) yang makan harganya
9) yang membeli
10) yang meminta dibeli.”

Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Tapi mengapa kini ramai yang masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?

Saya Mengharapkan supaya pihak penganjur perlu sedar mengenai sensitiviti beragama di negeri ini terutamanya penganut Agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

Islam tidak menghalang bg Yg bukan beragama Islam meminum minuman keras ( arak) kerana ianya merupakan hak orang bukan islam tetapi ianya juga perlu mengambil kira batasan beragama & tatasusila kehidupan dlm masyarakat , contohnya seperti mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di Pasar Raya dan Billboard dan sebagainya dilihat seolah-olah seperti satu promosi besar besaran.
Kekhuatiran saya adalah ianya akan mempengaruhi masyarakat yang beragama islam yang mana arak dikenalpasti punca segala masalah sosial, jenayah dan penyakit kesihatan.

ahmad yunus hairi
mekah 8 Oktober 2014.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com