Bagaimanapun menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, salah satu daripada bom berkenaan tidak meletup.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, satu letupan berlaku di sebuah pub di Bukit Bintang mengakibatkan 14 cedera dan salah seorang daripadanya parah.
Mangsa berusia antara 20 hingga 42 tahun dan dua daripadanya adalah wanita.
Perkembangan terbaru menyebut salah seorang dari mangsa bagaimanapun telah meninggal dunia.
Pihak polis menyiasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 4, Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan. - HARAKAHDAILY 9/10/2014.
Letupan: Pemuda PAS bimbang cubaan wujud ketegangan

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak polis membuat siasatan terperinci berhubung punca kejadian letupan di sebuah pub di kawasan Bukit Bintang, awal pagi tadi.
"Kita sangat jarang kedengaran berlakunya kes-kes sebegini di negara kita. Saya sangat bimbang jika ianya bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.
"Di harap pihak polis dapat membuat siasatan terperinci motif kejadian yang telah berlaku agar rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai," katanya.
Beliau mengulas insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Letupan dipercayai daripada dua bom buatan sendiri yang lemparkan ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan.
Difahamkan pihak polis dengan bantuan DBKL telah mengalihan kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja pemusnahan bom.
Sementara itu 11 mangsa letupan bom tersebut kini dirawat di Hospital KL iaitu warga tempatan (5), China (4), Singapura (1) dan Thailand (1). - HARAKAHDAILY 9/10/2014

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com