Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dalam Mesyuarat Lajnah Politiknya yang bertarikh 30hb September 2014M bersamaan 5hb Zulhijah 1435H telah mengambil ketetapan berikut :
1- Terkilan dengan tindakan mengurangkan jumlah bilangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( Exco ) yang dipegang oleh PAS sebelum ini iaitu sebanyak 4 Exco kepada hanya 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Ianya bertentangan dengan semangat pemuafakatan Pakatan Rakyat dan
menimbulkan elemen provokasi yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat.
2-PAS Wilayah Persekutuan juga turut mendesak supaya Portfolio Agama yang dipegang oleh PAS sebelum ini dikekalkan untuk diwakili oleh Parti Islam SeMalaysia PAS.
Sebarang penyerahan kepada pihak lain bakal mengundang pelbagai tafsiran yang mengeruhkan keadaan dan pemuafakatan Pakatan Rakyat.
Kami percaya ahli PAS bukan sahaja akan kecewa terhadap tindakan merampas portfolio tersebut bahkan ianya akanmenghilangkan kepercayaan kepada pentadbiran baru yang dipimpin oleh Menteri Besar sekarang.
Usahlah membangkitkan provokasi melampau sehingga mencalarkan kewibawaan kami sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak 1951 ini.
Sekian terima kasih.
" TERUS BERISTIQAMAH"
Hj Mohamad Noor Mohamad,
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
30hb September 2014M / 5 Dzulhijjah 1435H

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com