Pages

Thursday, October 2, 2014

Shalwati Cerita Keadaan Sebenar Ketika Berada Dalam Penjara DiSweeden

KOTA BHARU 2 Okt - Shalwati Norshal dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin akan terus istiqamah mendidik empat anak mereka selaras dengan syariat Islam kerana yakin itu kaedah terbaik bagi membesarkan anak-anak.

Shalwati, 46, berkata, sebagai orang Islam, dia dan suami mahu anak-anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 13; Adam, 12, dan Arif, 8, membesar menjadi insan berguna yang kuat pegangan agama.

"Siapa sangka dengan latar belakang saya, pendidikan saya, dan saya sendiri tidak pernah terlibat dengan kes jenayah tiba-tiba dipenjarakan atas sebab yang tidak sepatutnya.

"Namun saya teringat semula apa yang kakak saya beritahu, Allah SWT hanya akan memberi dugaan berdasarkan kemampuan kita dan alhamdulillah, saya mampu menghadapi dugaan itu," katanya.


Shalwati yang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Sweden dan dibebaskan Isnin lalu, selamat tiba di tanah air semalam sebelum bersatu semula dengan suami dan anak-anaknya malam tadi.

Meskipun dilihat agak kepenatan selepas mengharungi penerbangan yang jauh, senyuman tidak lekang daripada bibir Shalwati ketika ditemui pemberita di kediaman adiknya, Shaleena di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.

Shalwati dalam pada itu menegaskan, dia dan suami yakin telah melakukan perkara yang betul, namun mereka menerima ketentuan Ilahi dan percaya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri termasuk menguatkan ikatan kekeluargaan mereka.

Bercerita lanjut, Shalwati memberitahu, ketika dalam tahanan, dia tidak henti-henti menangis memikirkan keempat-empat anaknya yang pada mulanya diserahkan kepada keluarga bukan Islam.

"Di sana, ada tempat untuk solat, mereka juga sediakan seorang imam. Apabila tengok saya tak berhenti menangis bimbangkan anak-anak, imam itu kongsikan sepotong ayat dalam al-Quran dan nasihatkan saya supaya berdoa. Dia kata doa orang dianiaya lebih cepat dimakbulkan," katanya.

Sepanjang menjalani hukuman, Shalwati mengakui amat merindui suami dan anak-anak dan kerana itu, dia tidak pernah gagal mendoakan kesejahteraan mereka selepas bersolat.

"Saya cuba untuk tidak mengingati mereka kerana apabila kita ingat anak, anak juga akan ingat kita. Jadi, saya tidak mahu anak-anak ingat saya terutama yang bongsu,"katanya.
Sementara itu, Azizul Raheem berkata, mereka sekeluarga bercadang untuk menetap di Kuala Lumpur namun hanya akan berbuat demikian selepas sesi persekolahan Aisyah dan adik-adik tamat, akhir tahun ini.

Dia juga berkongsi rasa syukur kerana mereka enam beranak dapat berhimpun bersama saudara mara pada Hari Raya Aidiladha ini sebagai sebuah keluarga yang lengkap.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com