KOTA BHARU – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa hampir pasti kembali menerajui badan bola sepak negeri itu bagi penggal 2014 hingga 2018.
Annuar, 57, dijangka menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Kongres Tahunan Kafa kali ke-60 yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Sabtu ini.
“Begitu juga jawatan Timbalan Presiden Kafa yang disandang Datuk Seri Afandi Hamzah ketika ini dijangka tidak berlaku pertandingan. Namun pertandingan dijangka sengit bagi mengisi tiga kerusi Naib Presiden dan 10 Ahli Jawatankuasa Eksekutif.
“Calon-calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan Kafa terdiri dalam kalangan individu yang tidak asing lagi dengan bola sepak Kelantan selain beberapa muka baharu,” katanya.
Ini merupakan penggal ketiga Annuar memimpin persatuan berkenaan setelah dibawa masuk menggantikan presiden terdahulu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada pemilihan Kafa bagi penggal 2007-2010 dan 2010-2014.
Annuar kemudian digantung daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Presiden Kafa setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada 4 Februari 2012.
Menurutnya, kongres kali ini dilihat amat penting bagi memastikan hala tuju dan visi Kafa untuk tempoh empat tahun akan datang terutama menyentuh aspek pembangunan bola sepak negeri itu sendiri.
Sementara itu, Annuar dipetik menerusi laman Facebook beliau semalam, mengingatkan individu yang terpilih berkhidmat dengan Kafa dapat bekerja secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
“Jawatan yang tiada siapa mahu terutamanya presiden. Jawatan sukarela dengan beban yang sangat berat…..ramai yang hendak cuci tangan, yang hendak bantu tidak ramai, yang nak kutuk ada beribu kemungkinan.
“Tidak semua mahu Kafa berjaya, ada yang cukup khuatir Kafa berjaya kerana kejayaan itu bertentangan dengan kepentingan mereka. Jika Kafa berjaya, mereka akan turut mencari untung daripada kejayaan itu,” katanya.
www.sinarharian.com.my

BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com