Pages

Saturday, March 21, 2015

Kelantan lulus kanun jenayah ikut demokrasi, hormatilah

KUALA LUMPUR: Secara prinsip negeri Kelantan telah mengguna prosedur yang betul mengikut proses meluluskan sesuatu undang-undang yang ditetapkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Oleh kerana saluran dan proses yang digunakan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut di Dun Kelantan adalah menepati lunas-lunas demokrasi dan menurut prosedur, maka ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Jika ada yang menentang, kami menyarankan prosedur dan proses yang dibenarkan dalam ruang lingkup undang-undang di Parlimen juga perlu diikuti," ujar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus beberapa hari yang lalui pada sidang Dun Kelantan.

Sokongan 44 orang Adun yang ditunjukkan seharusnya di atas kesedaran mereka terhadap tanggungjawab agama. Ia adalah sokongan yang wajar oleh setiap Muslim apabila menyatakan pendirian mereka terhadap perintah agama dan ini perlu dihormati oleh semua pihak.

Isu sama ada ia akan diterima atau tidak oleh Parlimen jika ia dibawa sebagai private bill adalah isu kedua. Jika diizinkan, ia akan dibentang, dibahaskan dan diundi sama ada menerima atau sebaliknya. Itupun apabila pihak Speaker Dewan meluluskan untuk dibaca berdasarkan syarat yang ditentukan.

Soalnya, di peringkat Dun secara prinsip negeri Kelantan telah mengguna prosedur yang betul mengikut proses meluluskan sesuatu undang-undang yang ditetapkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Oleh kerana saluran dan proses yang digunakan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut di Dun Kelantan adalah menepati lunas-lunas demokrasi dan menurut prosedur, maka ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Jika ada yang menentang, kami menyarankan prosedur dan proses yang dibenarkan dalam ruang lingkup undang-undang di Parlimen juga perlu diikuti.

Perdebatan sama ada syarat melaksanakan enakmen itu termasuk hudud mengikut keadaan yang sedia ada, mencukupi atau tidak, tergantung kepada semua pihak yang memegang kuasa untuk berusaha melengkap syarat tersebut. Menjadi tanggungjawab pihak pemerintah mencari jalan melengkapkan syarat yang masih menjadi penghalang kepada terlaksananya undang-undang tersebut.

Segala tuduhan liar yang dilempar bahawa Kelantan akan dipenuhi mereka yang akan dipotong tangan jika dihukum dengan undang-undang hudud adalah dangkal, berprasangka buruk dan emosional.

Kami tidak terkejut wujudnya pihak yang mahu terus menyerang dan mempersenda hukum Allah sama ada kerana jahil atau memang berfahaman sekular yang mendalam dan berprangsaka buruk terhadap hukum jenayah syariat.

Kebetulan Kelantan dilanda banjir besar baru-baru ini . Memang keutamaan harus diberi kepada proses pemulihan kehidupan rakyat. Namun ia bukan alasan kekal untuk tidak memberi perhatian kepada mengusahakan undang-undang itu dibentang.

Dari apa yang diusahakan oleh kedua-dua kerajaan negeri dan pusat, proses pemulihan mangsa banjir akan terus dilaksanakan. Tidak ada yang boleh menafikan bahawa usaha membantu memulihkan kehidupan rakyat di Kelantan sedang dijalankan secara berterusan.

Bagi Mapim memperundangkan kanun jenayah syariah walaupun ia hanya satu juzuk dari keseluruhan undang-undang syariat, ia tetap penting untuk diterima.

Setidak-tidaknya ia telah berganjak ke satu tahap untuk menawarkan kepada rakyat satu undang-undang alternatif yang boleh menjamin keselamatan sosial demi meminimumkan insiden jenayah.

Kami melihat usaha ini adalah suatu usaha yang sudah lama dituntut oleh umat Islam. Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka".

Oleh itu kami yakin rang undang-undang yang dilulus di Kelantan itu akan diterima baik oleh majoriti umat Islam. Soal sama ada ia akan mendapat undi majoriti mudah atau tidak di Parlimen setelah dibentang sebagai private bill, biarlah ditunggu nanti.

Perbezaan pendapat dari segi pelaksanaan dan bantahan yang disuarakan oleh pelbagai pihak dimaklumi. Akan tetapi semua pihak harus bersikap matang dan dewasa mendengar hujah dengan rasional sehingga kesepakatan terbaik boleh tercapai untuk menerima atau menolak.

Sebagai seorang Muslim keyakinan bahawa undang-undang hudud wajib dilaksanakan tidak boleh dinafikan. Soal bila, bagaimana dan dalam keadaan bagaimana enakmen tersebut boleh diimplementasi perlu dibahas dalam konteks Malaysia.

Lantaran itu sebarang pertikaian atas perjanjian politik perlulah diselesaikan dengan tidak mengenepikan kemahuan majoriti umat Islam. Tidak harus ada tindakan yang terlalu menunjukkan kepentingan politik mendahului hak menegakkan hukum agama.

Banyak pertikaian atas pertimbangan politik dalam semua hal tidak akan menguntungkan negara.

Bagi kami, dalam konteks kehidupan zaman moden sekarang ini, semua aspek kehidupan adalah saling berkait. Menentukan keutamaan memang penting akan tetapi berdasarkan kompleksiti kehidupan yang wujud sekarang ini, untuk mendahulu atau mengkemudiankan sesuatu perkara itu, sangat bergantung kepada realiti.

Kestabilan dan sekuriti sosial yang sangat rapuh sekarang ini juga penting ditangani jika kemiskinan dan salah guna kuasa hendak diatasi. Dengan mewujudkan undang-undang luar dari paradigma yang sedia ada iaitu berasaskan undang-undang common law tidak merugikan rakyat.

Tidak ada yang akan rugi jika menerima rang undang-undang ini kerana hukum Allah mengatasi kepentingan sesiapapun. Implikasi jaminan sosial dan sekuriti negara akan tercapai jika undang-undang ini dilihat sebagai penghalang berkesan untuk sebarang jenayah berleluasa seperti yang dilihat berlaku sekarang.

Tidak ada siapapun yang menafikan bahawa indeks jenayah dewasa ini semakin meningkat. Pihak kerajaan telah mengguna pelbagai cara membasmi tren insiden jenayah namun masih tidak berjaya membendungnya. Selain dari berlaku salah guna kuasa dan korupsi ketidakberkesanan undang-undang juga menyumbang kepada kenaikan indeks jenayah.

Jika tujuan undang-undang itu diperundangkan adalah untuk membasmi jenayah, kenapa ia dihalang. Malah hukuman ini juga tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Kenapa orang bukan Islam pula yang terlalu prihatin terhadap hukum agama yang dikenakan ke atas orang Islam?

Jika benar masyarakat bukan Islam prihatin terhadap keadilan dalam soal undang-undang, maka mereka tidak perlu khuatir kerana undang-undang tersebut hanya diperuntukkan hanya untuk orang Islam. Masyarakat bukan Islam boleh terus dinaungi di bawah undang-undang sivil.

Kontrak sosial dalam pembinaan negara sejak merdeka dalam kalangan kaum tetap tidak terjejas jika undang-undang Islam dilaksanakan khusus untuk orang Islam. - HARAKAHDAILY 21/3/2015




IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com