Pages

Friday, February 19, 2016

Salasilah Keturunan TGHH.

Disebut bahawa keluarga Ayah beliau keturunan dari Tok Kubur Panjang yang dimakamkan di Kampung Jambu, Jerim Pattani. Setelah saya menelitik beberapa kajian sejarah, Tok Kubur Panjang juga dikenali sebagai Tok Syeikh Gombak mengikut Hikayat Patani.



Ketika Perang Pattani-Siam, Keturunan Tok Syeikh Gombak ini berundur ke Terengganu. Dikhabarkan oleh TG Haji Hadi, yang menurutnya melalui cerita ibu saudaranya yang meninggal dua tahun lepas, ada 3 beradik keturunan Tok Panjang keluar dari Pattani. Seorang duduk di Rusila (keluarga TGHH). Seorang menetap di Kampung Tapu dan seorang bergerak ke Pahang dan tak dapat dikesan.

Menurut Tok Guru, Ayah beliau Haji Awang bin Abdul Rahman Bin Abdullah bin Yusuf.
Disebelah keturunan ibu, Tok Guru sebut bersangkut dengan Tok Pahang, seorang tokoh yang terlibat secara tidak langsung dalam pertembungan Bendahara Wan Ahmad dengan Tun Mutahir dalam Perang Saudara di Pahang. Sejarah asal Tok Pahang tidak diketahui banyak orang kerana tiada cerita banyak pasalnya.

Moyang TGHH, Abdullah bin Yusuf dilantik oleh Sultan Terengganu waktu itu sebagai Hakim/Qadhi.

Dan sejarah hubungan keluarga TGHH dengan Istana berkait rapat sehingga 1950 an lagi, Apabila Masjid Rusila menjadi Tempat Solat Jumaat Sultan.

Datuk TGHH, Abdul Rahman Bin Abdullah adalah sahabat pelayaran Tuan Guru Abdul Rahman Limbong dan pernah belayar bersama sama dengan Perahu Panjang sehingga ke Burma, Kalimantan, Riau dan sebagainya. Kemungkinan ini menyebabkan juga ada pengaruh sarekat Islam yang waktu itu turut berkembang di Nusantara dari Pulau Jawa, Riau dan pantai Terengganu. TGHH sebut lantera Perahu Panjang masih disimpan di rumahnya sebagai kenang kenangan sejarah.

Setelah disebut Nama Tok Syeikh Gombak adalah seorang pedagang dari Minangkabau, TGHH mengiyakan bahawa beliau ada juga dengar maklumat tersebut dan menurut TGHH, sememangnya banyak keturunan Minangkabau dan Acheh sepanjang Pantai Rusila sehingga ke Jambu Bongkok. Menurut Hikayat Pattani, Tok Syeikh Gombak adalah pedagang yang datang ke Pattani ketika berlaku pertembungan antara Siam dengan Pattani. Waktu itu dibuat larangan menjual tembaga kepada orang luar. Tok Syeikh Gombak dihukum bunuh kerana menjual tembaga kepada pedagang dari Melaka.

Daripada perbualan pagi tadi, boleh dirumuskan TGHH berasal dari keturunan Ulama yang berjuang dan mungkin juga keturunan daripada ulama-ulama Pattani yang berasal dari Hadhramaut, Yemen seperti yang direkodkan oleh Almarhum Ustaz Wan Saghir Abdullah. Saya sedikit teruja bila TGHH sebut begitu kerana menurut seorang Tok saudara sebelah ayah, keturunan saya adalah dari Tok Syeikh Duyung yang juga menetap di Terengganu selepas lari dari serangan Siam ketika Perang Siam-Pattani pada abad ke-18 dan ke-19.

*catatan ringkas sebelum luput dari ingatan...

IKLANKAN PRODUK ANDA




IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com