Pages

Saturday, March 12, 2016

Ibrahim: Strategi PAS tak meterai Deklarasi Rakyat untuk menang PRU14


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali percaya tindakan PAS yang tidak memeterai Deklarasi Rakyat untuk ‘Selamatkan Malaysia’ adalah strategi bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Katanya, dengan tidak menandatangani deklarasi itu, PAS tidak berada di bawah bayang-bayang mana-mana pihak seperti yang pernah berlaku ketika ia berada dalam gabungan Pakatan Rakyat.
“PAS tak nak terlibat sebab dia tak nak bawah bayang-bayang macam dia dalam Pakatan Rakyat dulu, jadi maknanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini bijak kerana tidak mahu tertutup dengan bayang-bayang orang lain.
“Dalam Pakatan Rakyat dia (PAS) cuba bawa agenda mereka tapi orang lain halang. Ini strategi politik PAS.

“PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar di negara ini. Apabila PAS berdiri sendiri, dan Umno sekarang bermasalah, ketika PRU14 orang akan pergi kepada PAS,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai 57 individu dari pembangkang dan NGO menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun empat pemimpin PAS hadir sama, parti itu mengumumkan tidak akan bersama dalam gerakan itu kerana mempunyai pendekatan tersendiri khususnya melalui ‘blok politik ketiga’ ke arah mengubah kepimpinan negara melalui “saluran yang demokrasi dan berperlembagaan”.
Malah Rabu lalu, Abdul Hadi berpendapat, tindakan Mahathir dan kumpulan ‘Selamatkan Malaysia’ bagi menyingkirkan Najib adalah usaha sia-sia.
Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.
Menurut presiden PAS itu, usul undi tidak percaya dilihat tidak akan berlaku memandangkan ia memerlukan majoriti daripada ahli parlimen daripada Umno dan BN.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang pernah bertanding di atas tiket BN, PAS dan juga BEBAS bagi kerusi parlimen Pasir Mas berkata, beliau melihat parti Islam itu banyak belajar dari pengalaman dan sehingga kini prinsip dan matlamatnya adalah jelas.
Menurutnya, menjelang PRU14, PAS akan cuba merampas kerusi majoriti Melayu sebanyak mungkin.
“PAS banyak belajar, mereka sangat bijak. Saya pernah 'provoke' PAS untuk lihat sikap sebenar dia. PAS ada strategi dengan matlamat yang jelas, Dia cuma nak dapatkan kerusi sebanyak mungkin kerana pada ketika itu Umno bukan lagi pilihan rakyat.
“Jangan perkecilan PAS. Sekarang PAS hilang kerusi kerana pemimpin mereka pergi ke Parti Amanah Negara (AMANAH), mereka sedang nak dapatkan semula kerusi mereka.
“Bila lihat isu yang sedang berlaku sekarang ini, jangan teruja tapi lihat ke depan,” katanya.
Ogos tahun lalu, PAS kehilangan sepuluh wakil rakyat serentak selepas lima ahli Parlimen dan lima ADUN parti itu menyertai AMANAH.
AMANAH kini menyertai Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.
PAS bagaimanapun akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baru yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.
Setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata ‘blok politik ketiga’ diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
..
IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com