Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, Jumaat – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Eqwan Roslan menyokong penuh usaha kerajaan Kelantan dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam sebagai pengajaran kepada pesalah.
Katanya, usaha sebegini perlu diteruskan supaya perlaksanaan penuh syariah berhasil dan ia juga selari dengan titah Ketua Agama Islam negara.
“Cadangan itu selari dengan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk perkasakan syariah.
“Juga, untuk memastikan pelaksanaan penuh, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya penggubal undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, Eqwan berkata, selain daripada usaha memenuhi tuntutan melaksanakan syariah, cadangan tersebut turut dapat membantu dalam membentuk generasi belia dengan akhlak yang lebih baik.
Ditanya mengenai kewujudan pihak-pihak yang menentang perlaksanaan syariah, beliau berkata, mereka sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati prinsip perlembagaan negara.
“Orang bukan Islam perlu menghormati identiti negara berteraskan Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan untuk Malaysia terus membangun dengan aman dan sejahtera.
“Sebarang usaha yang membelakangi sejarah tanah ini dan menyekat aspirasi orang Islam untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh akan membawa ketegangan yang tidak diperlukan,” katanya.
..
BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com