Pages

Wednesday, March 1, 2017

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


SESEORANG, mengajak saya pergi berjumpa kawannya yang baru pulang dari Australia, beberapa hari lalu. Kawannya itu seorang pensyarah di universiti swasta di KL. Dia ambil cuti 3 bulan pergi melancong di Australia.

"Aku pergi melancong dan bekerja cari pengalaman. Al-hamdulillah, pengalaman dapat, duit pun dapat." Katanya, sewaktu di temui di kedai minum berhampiran rumahnya.











"Eh, berapa abang bawa balik dalam 3 bulan berada di sana?" Tanya anak muda yang di sebelahku, dia nampaknya berminat hendak ke sana.

"Bersih, tolak makan dan lain-lain, bahkan beli kereta di sana kongsi 4 orang, kerja dua bulan lebih... Aku bawa balik AS3,000, kalau RM kira-kira 9,000 sahaja."

"Eh! banyak tu, kerja apa di sana?"

"Kerja ladang, petik buah." Jawabnya ringkas.

"Bagaimana kalau saya nak bekerja di sana?" Anak muda itu bertanya dengan penuh minat.

"Boleh!" Kata kawan yang baru pulang dari Australia itu. "Ada kawan saya yang masih tinggal di sana.. Boleh minta tolong dia tengok-tengok." 

Pengangkutan ke tempat kerja ladang di Australia.

Ini saya kutip maklumat darinya...
Pengambilan pekerja, boleh warga negara Malaysia, Singapura, dan Indonesia.
Terbuka kepada lelaki dan wanita umur antara 18 - 50 tahun.
Bekerja di ladang sekitar Swanhill,Robinvale,Mildura,Shepparton,Tatura, Merrigum,Griffith dll...
Bekerja 6 - 7 hari seminggu dengan 8 hingga 12 jam 1 hari.
Bayaran $13 - $15 dolar/per jam (RM40 - RM48)
Gaji di bayar secara tunai setiap minggu pada hari Sabtu.
Pengangkutan akan di sediakan oleh kontraktor ladang semasa di Australia nanti. Jadi anda tak perlu risau untuk ke tempat kerja pergi balik. Harganya sebanyak AUD6 - 8 sehari (kira-kira RM18 ke RM24 sehari). 
Kos penginapan akan dikenakan bayaran AUD70 - 80 (kira-kira RM210-RM240 seminggu 
Penginapan.

Kerja bagaimana? Kerja pungut buah.

Anda akan bekerja secara berkumpulan mengikut kehendak tuan ladang. Seorang supervisor akan memberi arahan kepada anda sebelum memulakan kerja nanti.
Waktu bekerja. Anda akan mula bekerja pada jam 7 pagi - 3 petang selama 8 jam - 10 jam sehari dan hari bekerja adalah 6 - 7 hari seminggu. 
Anda akan diberi dua kali rehat sepanjang waktu bekerja iaitu rehat pagi (15 minit) dan tengahari (30 minit)
Kos makan. Dalam seminggu kos untuk anda makan adalah AUD35 - 50 (RM105-RM150 sahaja tetapi jika di kongsi berdua hanya dalam AUD20 - 25 (RM75) sahaja.

Anak muda tadi terus membuat keputusan untuk pergi berkerja, walaupun beberapa hari bulan puasa atau Ramadhan akan tiba.

"Saya akan cuba berpuasa di ladang. Pasti boleh. Saya akan pergi seminggu dari tarikh sekarang (20 Jun 2015). Pasport, visa semua saya sedang uruskan. saya akan pergi seorang diri.

"Siapkan kira-kira RM5,000 termasuk tambang dan pengurusan. Saya bukan buat bisnes, tetapi sekadar membantu saja buat masa ini. " Kata anak muda itu, yang saya.

Saya tanya dia yang baru balik Australia itu, "Orang Indonesia yang di sini, boleh pergi tak?"
"Boleh! Tapi agak susah dan lambat sikit pengurusannya..."

Sekian, Wassalam.. 
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)