BPMS menampilkan tujuh kriteria iaitu:
1. Politik bertunjangkan prinsip
2. Politik dakwah dan Amar Maaruf Nahi Mungkar
3. Politik penyelesaian berasaskan Islam
4. Politik utamakan rakyat
5. Politik damai dan diplomasi
6. Politik kebenaran bukan persepsi
7. Politik rasional dan profesional
Sejak daripada BPMS diperkenalkan, pendekatan PAS di arena politik negara benar-benar sudah berubah. Pertama setelah Pakatan Rakyat dibubarkan, PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam blok baru pembangkang yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan. PAS juga masih tidak bersama blok pemerintah Barisan Nasional. Sebaliknya PAS mencipta dimensi baru politik tanahair dengan menubuhkan Blok politik ketiga yang kemudiannya dinamakan sebagai Gagasan Sejahtera (GAGASAN)
GAGASAN dianggotai oleh PAS dan Ikatan, manakala Berjasa dan terbaru Parti Cinta Malaysia (PCM) bakal menyertai blok tersebut. Selain itu, GAGASAN dianggotai oleh ratusan NGO-NGO dan tokoh perseorangan. Penubuhan GAGASAN telah meletakkan negara kepada situasi politik baharu. Sebelum ini Malaysia lebih terkenal dengan sistem dwi parti secara praktikal walaupun memiliki berbagai parti politik. Tetapi kewujudan GAGASAN benar-benar meletakkan negara kepada situasi multi-parti.
Objektif BPMS
- Membudayakan pandangan dan tindakan politik berasaskan prinsip bukan berdasarkan spekulasi
- Budaya perbahasan politik dan lain-lain berasaskan prinsip masing-masing yang lebih objektif berbanding spekulasi yang agak subjektif, maka perbezaan pandangan lebih mudah ditangani.
- Meningkatkan pendidikan politik termasuk:
- Membezakan antara kerajaan dan parti pemerintah
- Membezakan antara pendirian peribadi dan pendirian organisasi
- Meletakkan parti pembangkang sebagai parti bukan pemerintah yang turut menyumbang kepada pembangunan negara
- Menukar persepsi selagi mereka tidak menentang dan memusuhi Islam daripada musuh politik kepada sasaran tarikan dakwah.
- Membanyakkan penerangan dan mengelakkan serangan
- Mengurangkan pengeseran politik dan ketengangan dalam masyarakat
- Menyokong semua kebaikan dan menentang semua keburukan tanpa mengira pihak selagi tidak memusuhi Islam
- Mengubah cara pemikiran konvensional terutama kalangan parti bukan pemerintah yang lebih menumpukan kepada permasalahan tanpa alternatif penyelesaian.
- Menyakinkan masyarakat bahawa Islam membawa sistem psnyelesaian yang terbaik sesuai dengan keadaan semasa.
- Menerima penyelesaian universal oleh mana-mana pihak yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
- Mengurangkan dan membasi budaya politiking yang mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok mengatasi kepentingan rakyat
- Membina budaya berpolitik di mana semua pihak berlumba-lumba untuk membawa kebaikan kepada rakyat (prinsip fastabul khairat anjuran Al Quran), bukan bermusuhan dan saling memusnahkan yang membawa kepada kesengsaraan rakyat.
- Mengelakkan budaya politik konfrontasi dan fitnah memfitnah
- Membentuk suasana masyarakat yang lebih damai sekalipun dengan masyarakat yang aktif berpolitik
- Budaya menghormati pihak lain melalui hubungan yang berdiplomasi serta berperaturan.
- Mendidik masyarakat agar memulakan dengan pendekatan damai, dan hanya menjadikan pendekatan yang lebih agresif sebagai tindakan terakhir jika benar-benar perlu.
- Membina budaya membuat tindakan berasaskan kebenaran bukan sekadar persepsi.
- Menyedarkan masyarakat bahawa persepsi amat mudah dimanipulasi dalam dunia teknologi ICT sekarang dan akan datang.
- Masyarakat menolak mana-mana pihak yang cuba memainkan persepsi rakyat secara negatif, dan tidak berasaskan kebenaran.
- Membina budaya yang memberi penekanan kepada penjelasan yang rasional kepada semua pihak berkaitan bagi setiap sikap dan tindakan politik yang diambil
- Membentuk sikap, pemikiran, dan tindakan yang lebih rasional oleh semua pihak dalam menangani isu-isu masyarakat dan provokasi pihak lawan
- Membina budaya profesionalisma dalam tindakan yang diambil yang mementingkan kecekapan, ketelusan, ketepatan dan kualiti-kualiti lain seperti yang dituntut oleh Islam.
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)