MB Kelantan pecah tanah rasmi bina apartmen - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Thursday, May 18, 2017

MB Kelantan pecah tanah rasmi bina apartmen

PROJEK pembinaan D’Perdana Telipot  yang terletak di jalan Raja Dewa di sini akan berjalan tidak lama lagi.


Hari ini Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, telah merasmikan majlis pecah tanah pembinaan apartmen 23 tingkat itu.

Bangunan berkenaan bakal dibina di atas tanah seluas dua ekar milik Yayasan Islam Kelantan (Yik) dengan kos RM158 juta.

Projek berkenaan meliputi 568 unit rumah di tingkat enam hingga 23. Dengan pembahagian 140 unit rumah jenis A.

Projek berkenaan akan dimajukan Jalur Saujana Sdn Bhd dengan kerjasama perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Projek ini juga bakal menyediakan 156 unit rumah jenis B, 136 unit rumah jenis C dan C2 termasuk 15 unit kedai di tingkat bawah.

Pelbagai kemudahaan disediakan di sini antaranya dewan serbaguna, sky garden dan roftop garden, taman permainan kanak-kanak dan kolam mandi berasingan lelaki dan perempuan.

Kedudukannya begitu strategik bersebelahan Masjid Telipot serta kemudahan lain.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Hadir sama Pengerusi Protasco Sdn Bhd, Tan Sri Hadenan A Jalil Naib Pengerusi Eksekutif Protasco Berhad, Datuk Seri Chong Ket Pen dan Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Ustaz Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata pecah tanah untuk projek itu berjalan lancar.

Katanya, tiada bantahan dari penduduk sekitar, bahkan projek akan berjalan sebagaimana biasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat exco tengahari tadi. – HARAKAHDAILY 17/5/2017


019.910.5222

=====================================

SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)