MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN DYMM SULTAN SELANGOR. - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Friday, May 26, 2017

MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN DYMM SULTAN SELANGOR.

Kenyataan Akhbar - EXCO PAS SELANGOR

MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN DYMM SULTAN SELANGOR.

Adalah dengan hormat dan rendah diri kami menjunjung kasih di atas limpah perkenan DYMM Sultan Selangor agar kedudukan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Selangor dikekalkan sepertimana yang dihasratkan oleh YAB Dato' Menteri Besar.

Kami yakin dengan limpah perkenan DYMM Sultan Selangor ini akan dapat menamatkan sebarang spekulasi negatif terhadap kedudukan EXCO-EXCO PAS.

Kami sebagai EXCO akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan YAB Dato' Menteri Besar dan dasar-dasar bersama Kerajaan Negeri demi kestabilan dan kepentingan rakyat Negeri Selangor.

Mandat rakyat yang telah diperolehi pada Pilihan Raya Ke-13 mesti dihormati. Janji-janji hendaklah ditunaikan. Seluruh tenaga hendaklah ditumpukan kepada usaha-usaha untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan membangunkan negeri.

Keharmonian yang wujud di kalangan rakyat Negeri Selangor hendaklah dipertahankan selaras dengan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS) yang diamalkan oleh PAS.

YB DATO' ISKANDAR A. SAMAD
YB DATO' DR AHMAD YUNUS HAIRI
YB TUAN ZAIDY ABDUL TALIB

25 MEI 2017


=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)