Bekas Pengerusi Kelab Akar Umbi PKR Malaysia, Johari Musa berkata, penubuhan PHM adalah berlandaskan perjuangan politik dan amalan demokrasi yang tulen.

Katanya, PHM kini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk diisytiharkan sebagai sebuah parti politik baharu.

“Penubuhan PHM adalah jelas untuk memperjuangkan amalan politik serta demokrasi tulen yang diingini oleh kebanyakan ahli PKR kerana mereka merasakan parti tersebut tidak lagi berada pada landasan yang sepatutnya,” katanya dalam sidang akhbar mengenai PHM, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE