Pages

Wednesday, May 17, 2017

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan

Biro Politik PKR malam ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.
Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR berakhir pada kira-kira jam 11.30 malam.
Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.
Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.
Tolak alasan PAS
Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.
Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.
"PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.
"PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya lagi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)