Pages

Monday, June 26, 2017

DR M SEBAGAI PM AGENDA DAP, PAN

(Roslan Sms) – Isu siapakah bakal PM jika PH menjadi gabungan yang memiliki kerusi terbanyak di Dewan Rakyat terus dihidup dan dimainkan sesetengah pihak bagi agenda tertentu.
Gabungan yang terdiri dari PKR, DAP, Bersatu dan Pan ini kalut memainkan isu bakal PM berpijak dari kepercayaan bahawa merekalah kononnya pilihan rakyat dalam PRU akan datang.
Lalu selain dari nama Datuk Seri Anwar yang memang calonnya sejak zaman reformasi dan PR lagi kini muncul nama baru selain Azmin Ali, Muhyuddin Yassin, Lim Guan Eng termasullah Dr Mahathir.
Yang paling menonjol dan sering disebut-sebut adalah tokoh veteran 90 tahun, Dr Mahathir.
Malah Mahathir yang semasa zaman reformasi dulu dicap sebagai bapa “KKN” atau kronisma, korupsi dan nepotisma hari ini menjual dan menjaja namanya sebagai bakal penyelamat negara dan bernafsu mahu jadi PM semula walau sekejap.
PKR ternyata tidak senang dengan idea ini dan jika Anwar dikhabarkan tidalk berminat lagi biarlah Azmin yang naik asal bukan Dr Mahathir.
Tetapi arus yang mahu melonjakkan nama Dr Mahathir sebagai PM ini memang disusun da diagendakan.
Dr Mahathir dipercayai kononnya boleh meraih undi orang Melayu dari Umno. Dan siapakah yang paling undi Melayu jika tidak DAP.
Hakikatnya yang kuat mahu DrMahathir sebagai PM semula adalah DAP.
Dr Mahathir dilihat berkongsi cita-cita bersama DAP yang cenderung mahu menegakkan Malaysia yang sekular dan liberal, lahir bangsa Malaysia dengan mengenepikan identiti kaum dan membawa idea hak sama rata buat semua.
Lantaran itu DAP lebih berkenan pada Dr Mahathir.
Kerana itu juga kita lihat proksi DAP dalam PH iaitu Pan bersungguh menjaja nama Dr Mahathir.
Menurut kolumnis akhbar The Star Joceline Tan terdapat banyak usaha dilakukan untuk meyakinkan Anwar bahawa beliau sudah tidak relevan sebagai bahan PM.
Malah tambah Joceline:
“Amanah president Mohamad Sabu and vice-president Datuk Husam Musa had apparently told him that the party would not be supporting him for the post”
(Presiden Pan Mohamad Sabu dan Naib Presiden Husam Musa telah beritahu beliau (Anwar) bahawa Pan tidak lagi akan menyokongnya untuk jawatan itu (PM)).
Demikianlah punca sebenar mengapa nama Dr Mahathir kini dijulang sebagai calon PM jika menang PH dalam PRU ke 14 nanti.
Dr Mahathir yang pernah menghina Islam dan Rasulullah saw, menyerang para ulamak, bergelumang dengan KKN, mengekang kebebasan bersuara, menyalahguna ISA, memecat para Hakim, mengekang kuasa Raja-raja Melayu, menolak usaha memperkasakan hukum Islam mahu dinobat semula sebagai PM?!!
Tiada lagi kah yang bijak dan berpotensi dalam PH hari ini untuk dicalonkan sebagai PM?
Gagalkanlah agenda jahat DAP ini. Selamatkan Malaysia dari kembali ke sejarah gelap lampau.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)