Pages

Monday, June 19, 2017

Hasil boikot Qatar yang memakan diri Saudi dan Emiriah

Kerugian Qatar akibat sekatan dan boikot dari Saudi dan UAE
Pakar-pakar ekonomi mengatakan kerugian Qatar tidak akan melebihi 15 bilion akibat boikot ini. Dan angka ini bukanlah terlalu besar dibandingkan dengan keseluruhan import Qatar bernilai 77 bilion
Dalam masa yang sama aktiviti pengeluaran as asli Qatar selaku pengeluar gas asli terbesar dunia tidak akan terjejas walaupun diboikot Saudi dan sekutunya kerana Qatar mempunyai pelanggan negara-negara besar dunia seperti China, India, Korea Selatan dll.
Sekatan udara, darat dan laut yang dikenakan oleh Saudi dan sekutunya juga tidak akan memberi kesan besar kepada Qatar kerana Qatar mempunyai 5 pelabuhan laut dan boleh melalui laluan laut Oman dan Iran. Untuk makluman pengangkutan melalui laut kosnya lebih rendah daripada laluan udara.
Saudi dan sekutunya tidak boleh menyekat laluan Qatar melalui perairan negara lain dan jika ia cuba berbuat begitu sudah pasti akan menimbulkan kemarahan China dll negara pelanggan gas asli Qatar.
Kerugian Saudi
Sebelum ini Saudi merupakan pembekal utama makanan dan sayuran kepada Qatar yang jumlahnya bernilai 1.1 bilion. Sekarang Saudi sudah kerugian nilai ini kerana memboikot Qatar dan Turki sudah mengambil alih tempat Saudi sebagai pembekal utama makanan Qatar.
Kerugian lain ialah kejatuhan harga minyak akibat boikot ini dan mengurangkan pendapatan Saudi sehinggakan ia terpaksa menghentikan sebahagian projek insfrastuktur Saudi dan menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Dalam masa yang sama buat kali pertama Saudi terpaksa meminjam dari bank dunia.
Kekurangan hasil dari jualan minyak Saudi ditambah kos peperangan di Yaman yang diketuai olehnya dan pertambahan hutang (antaranya bagaimana mahu membayar pembelian senjata dengan us bernilai 110 bilion) menyebabkan Saudi dalam keadaan yang tidak begitu baik.
Disamping itu 17 ribu warga Saudi yang mempunyai rumah, aset dan pekerjaan selesa di Qatar sangat bimbang akan kehilangan semua perkara tersebut jika sekatan ke atas Qatar diteruskan.
Kerugian UAE
UAE sendiri antara pelanggan utama gas asli Qatar dan jika Qatar menghentikan penghantaran gas asli ke UAE ini akan menjadi bencana dan krisis tenaga dan elektrik kepada UAE. Walaubagaimanapun Qatar masih membekalkan UAE gasnya seperti biasa.
Antara yang terjejas teruk ialah beberapa syarikat utama UAE seperti syarikat pengeluar gula yang mempunyai projek di Qatar, syarikat-syarikat binaan dan kontraktor yang mempunyai saham dan projek di sana. Jika boikot ini berterusan ia akan menjadi bencana kepada semua syarikat-syarikat UAE yang mempunyai projek di Qatar atau saham dan perkongsian dengan syarikat-syarikat antarabangsa Qatar.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)