Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua dari kiri), melawat salah seorang mangsa kemalangan yang melibatkan sekumpulan pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kg. Tualang Kuala Krai, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/SHIDDIEQIIN ZON
KUALA KRAI 2 Jun. - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas di Kampung Telekong, Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di sini pagi ini.
Ahmad berkata, beliau berharap semua keluarga yang terlibat bersabar dan menerima musibah tersebut dengan tenang.
"Kita berasa hiba dalam suasana Ramadan ini. Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua yang terlibat dan mendoakan semoga anak-anak ini akan mendapat tempat terbaik di akhirat kelak," katanya
Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa di Hospital Kuala Krai di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. - UTUSAN ONLINE
=====================================
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)