Memahami krisis Qatar dalam seminit.
1. Israel cukup benci dekat Qatar.
Sebabnya Qatar mengambil pendekatan mesra dengan golongan militan anti-Israel macam Hamas dan golongan bukan militan macam Ikhwan. Qatar juga aktif menolong Palestin.
Media Aljazeera yang kritikal pada Israel pun berpusat di Qatar. Inilah satu-satunya media dunia Islam yang terkenal dan berani tegur Israel. CNN, BBC dan media lain semua tak berani.
2. Saudi pun problem dengan Qatar.
Sebabnya Qatar sokong Ikhwan kat Mesir sedangkan Saudi tak suka Ikhwan. Ikhwan tak mesra Saudi dan naik melalui demokrasi sedangkan Saudi monarki. Bencinya Saudi kat Ikhwan sampaikan Saudi sponsor tentera Mesir untuk gulingkan kerajaan Ikhwan.
3. Qatar ada bisnes dengan Iran.
Sebenarnya UAE dan negara Arab lain pun ada bisnes dengan Iran. Cuma Qatar ni lebih kerap deal dengan Iran pasal sama-sama share telaga minyak.
4. Qatar bukan pro-Iran.
Dakwaan bahawa Qatar pro-Iran tak betul. 90% orang Islam Qatar Sunni, yang Syiah dalam 10% saja. Malah Qatar join Saudi memerangi militan syiah Houthi di Yaman sejak tahun 2015.
Jadi, kenapa tiba-tiba sekarang ni Qatar jadi sasaran? Banyak sebab. Antara sebab tambahan ialah Saudi kecik hati pasal baru-baru ni media Qatar kena hack dan hacker tu buat statement kutuk Saudi dan Amerika. Qatar dah jelaskan bahawa sebenarnya ini hacking tapi media Saudi terus mainkan cerita tu.
5. Makanan
Lebih 60% makanan Qatar dari Saudi. Bila Saudi dan geng dia putuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar, bekalan makanan jadi isu. Yang mampu ganti ialah Turki dan Iran. Iran dah tawar nak supply makanan kalau yang lain taknak.
6. Agenda Israel.
Yang pastinya, gabungan negara Islam bawah GCC akan jadi lemah lepas ni. Gulf Cooperation Council ni gabungan negara Islam kat teluk iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi, dan UAE sejak tahun 1981.
Israel tak berani dengan GCC pasal bersatu. Lepas ni, bila GCC berpecah, senanglah nak jatuhkan satu-satu.
Wassalam. Moga info ni bermanfaat
Via-Dr Yazid Zul
=====================================
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)