Pages

Monday, June 19, 2017

Pemuda PAS Perak Diperkenan Berbuka Bersama Sultan Perak

Pemuda PAS Perak Diperkenan Berbuka Bersama Sultan Perak
KUALA KANGSAR (17 JUN 2017 ): Seperti tahun-tahun terdahulu, Pemuda PAS Perak telah memenuhi jemputan ke Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar 17 Jun.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan, sektor korporat dan warga media dan para jemputan khas. Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Akmal hj Kamaruddin telah mengetuai rombongan ke majlis tahunan tersebut.
Pemuda PAS segak berpakaian baju melayu hijau serta bersampin berlogo PAS yang menarik perhatian hadirin secara kebetulan sedondon dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Dalam majlis tersebut, Pemuda PAS telah beramah mesra dengan para tetamu yang hadir disamping menjamah jamuan disediakan.
Majlis itu bermula dengan penyampaian zakat kepada penerima terpilih seterusnya berbuka puasa dan berterawih bersama Tuanku. Mohd Akmal berkata, Pemuda PAS mengucapkan sembah terima kasih kepada pihak Istana yang terus memperkenan menjemput pihaknya ke majlis tersebut.
Menurutnya, program keraian itu adalah platfom yang sangat baik dalam memperkenalkan imej parti Islam itu kepada semua pihak. "Kami sangat berterima kasih kepada pihak Tuanku yang sudi menjemput kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini.
"Pemuda PAS komited dalam meneruskan serta mengekalkan hubungan baik dengan pihak istana," katanya.
Jelas Mohd Akmal, sambutan positif daripada pelbagai pihak adalah gambaran bahawa parti itu adalah satu entiti yang sangat penting kepada negara pada masa kini. Selepas selesai Solat tarawih, para tetamu termasuklah Pemuda PAS berkesempatan beramah mesra serta bergambar sebagai tanda kenangan.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)