Pages

Monday, June 26, 2017

Turki Alu-alukan Pendirian Qatar, Kata Dua Arab Melanggar Undang-undang Antarabangsa

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengalu-alukan pendirian Qatar terhadap senarai permintaan dari Arab Saudi dan sekutunya, dan mengatakan bahawa kata dua tersebut, adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

Qatar telah menolak tohmahan itu dan berkata ia adalah langkah-langkah yang tidak wajar.
“Kami mengalu-alukan (pendirian Qatar) kerana kami berpendapat senarai 13 permintaan itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Erdogan dipetik oleh agensi berita Anadolu pada hari Ahad.
Turki telah menawarkan sokongan kepada Qatar selepas hubungan Arab Saudi dan beberapa negara lain terputus diputuskan Qatar, atas tuduhan pembiayaan keganasan dan mencetuskan ketidakstabilan serantau.
Pada 7 Jun, parlimen Turki untuk mempercepatkan kebebenaran untuk tenteranya dikerahkan ke sebuah pangkalan di Qatar, dua hari selepas krisis negara-negara Arab yang diterajui Arab memutuskan hubungan dengan Doha.
Krisis diplomatik itu adalah yang paling buruk dalam sejarah bagi hubungan di rantau teluk sejak beberapa tahun lalu.
Turki mempunyai pangkalan tentera di Qatar yang kini menempatkan kira-kira 90 askarnya.
Pasukan Turki telah menjalankan latihan pertama mereka di pangkalan Tariq bin Ziyad pada bulan ini.
Kelmarin, Qatar telah mengecam kata dua nagara-negara Arab itu, yang dikritik sebagai tidak munasabah dan menjejaskan kedaulatan emiriah itu.
Senarai pemintaan yang diketuai Arab Saudi, telah diterima oleh Kementerian Luar Negara atar pada 22 Jun.
Pengarah Pejabat Komunikasi Kerajaan Qatar Sheikh Saif bin Ahmed Al Thani berkata, senarai permintaan itu mengesahkan apa yang Qatar telah katakan dari awal,.
Katanya, sekatan haram yang dibuat oleh negara-negara Arab terbabit, tidak ada kena mengena dengan usaha memerangi keganasan.
Beliau menambah, ia hanya adalah mengenai menghadkan kedaulatan Qatar.
Empat negara Saudi Arabia, UAE, Bahrain dan Mesir, tidak memberikan apa-apa keterangan dan bukti bersama tuduhan mereka.
Bahkan Qatar,telah berkali-kali menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan, ianya adalah tidak berasas.


=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)