Pages

Tuesday, August 27, 2019

AQIDAH ADALAH TERAS POLITIK DAN PEMBENTUKAN DAULAH ISLAM MADINAH:

Oleh: Hj Bakri Jamaluddin 
( Ketua Penerangan PAS Melaka )

Dr Ahmad Sanusi Bin Azmi, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama ISMA dengan kertas kerja bertajuk”Kaitan Politik dan Aqidah Islam”
TG Ust Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, kertas kerja yang bertajuk “ Ancaman Sekularisma”
dan yang terakhir oleh Dato’ Haji Zainol Rijal Bin Abu Bakar, Presiden Perdatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia yang membentangkan kertas kerja bertajuk” Ruang Perlaksanaan Islam Dalam Kerangka Perlembagaan Negara”.
Program yang berakhir dengan dialog dihujung sesi, benar-benar dapat memberikan kefahaman dan dapat membuka minda peserta dengan penjelasan isu-isu terutamanya yang berkait dengan " Apakah Politik Itu Perkara Pokok atau Cabang?".




AIR KEROH: 25hb Ogos 2019: Negara Islam Madinah yang dibangunkan oleh Rasulullah S.AW adalah sebuah negara yang didirikan diatas tapak Aqidah. Demikian antara ucaptama Dato’Seri Tuan Guru Presiden Haji Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Program Bayan 1.0 yang bertemakan “ Bina Negara Dan Ummah Berteraskan Tuntutan Aqidah” yang dianjurkan oleh Lajnah Da’awah PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Program yang julung kalinya diadakan di D’Village Resort Air Keroh Melaka ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Kehadiran perserta yang membanjiri program ini dianggarkan melebihi dari 900 orang yang terdiri dari kalangan ahli-ahli PAS, UMNO, NGO-NGO dan orang ramai. Turut menghadiri majlis ini adalah Ketua Lajnah Da’awah PAS Pusat Ust Nasaruddin Tantawi, Pesuruhjaya PAS Melaka Ust Kamarudin Sedik dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ( ADUN ) dan pimpinan UMNO Negeri dan Bahagian.
Dalam ucapannya TG Presiden menjelaskan bagaimana Kota Yathrib itu diubah namanya kepada Madinah yang bererti “kota”. Menurut beliau lagi kata Madinah ini mempunyai akar kata yang sama dengan dengan “DIN” yang bererti Agama yang juga membawa erti kepada kata dasar “ patuh”. Dimana didalamnya terkandung Prinsip-prinsip Hukum dan Keadilan.
Perkataan "Madinah" yang digunakan Nabi SAW untuk mengganti nama Yatsrib, jelas beliau, sebagai suatu proklamasi atau deklarasi, bahwa di tempat baru ini hendak diwujudkan suatu masyarakat yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Secara sosial dan politik, sangat teratur atau berperaturan, sebagaimana mestinya sebuah masyarakat ideal.Di baliknya terkandung makna yang luas dan mendalam, yang mengubah model dan cara hidup masyarakat di Jazirah Arab.
“Maka madinah adalah pola kehidupan sosial yang sopan, yang ditegakkan atas dasar kewajiban dan kesadaran umum untuk patuh kepada peraturan atau hukum. Sistem yang dibangun merujuk kepada pola kehidupan teratur dalam lingkungan masyarakat yang disebut kota,” jelasnya.
Dalam konteks jazirah Arab pula, lanjutnya, konsep peradaban itu berkait erat dengan pola kehidupan menetap (berbudaya) di suatu tempat sehingga suatu pola hidup bermasyarakat akan hadir (hadlarah, beradab) di tempat itu. Karena mereka hidup menetap dan teratur, maka kemudian melahirkan peradaban. Dan peradaban di Madinah adalah peradaban Islam.
Didalam seminar ini juga dibentang tiga kertas kerja oleh mereka-mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing iaitu
Diharapkan program yang bersifat wacana ilmu ini benar-benar memberi menafaat kepada semua perserta dan orang ramai yang mengikuti program ini secara langsung ( sekitar 37,000 orang ) dari mediasosial
" ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN"

=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)