Pages

Wednesday, August 28, 2019

BN silap strategi promosi ketika berkempen pada PRU14

PH yang kini sudah berjaya membentuk kerajaan dilihat tidak bimbang dengan janji-janji yang pernah diungkapkan sebelum PRU kerana ia sememangnya strategi dalam meraih undi.
“Itu sebab itu, mereka boleh kata macam-macam pula apabila menyebut manifesto bukan kitab suci dan sebagainya.
“Janji pula harga minyak akan turun RM1.50 bila menang hari ini untuk dilaksanakan esok, sebab mereka tahu itu takkan jadi realiti,”


MGF280819_SEMINAR-PILIHANRAYA03
Pensyarah Pengajian Politik UiTM, Dr Suhaimee Saahar@Saabar bercakap pada Seminar Pilihanraya Ke-14: Implikasi Pilihanraya Ke-15 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2019
=====================================
GOMBAK – Barisan Nasional (BN) telah tersilap strategi apabila menggunakan kaedah mempromosikan populariti pemimpinnya berbanding pembangkang yang mengenengahkan isu semasa ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Pensyarah Pengajian Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Suhaimee Saahar@Sabar berkata, perkara itu dapat dilihat dengan jelas melalui papan-papan ikalan yang dipasang oleh BN di seluruh negara apabila mempamerkan gambar Datuk Seri Najib Razak dengan ungkapan kurang memberangsangkan.
Sebaliknya kata beliau, Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu merupakan pembangkang telah meletakkan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ungkapan kata-kata sinis sebagai serangan balas kepada BN.
“Kalau dilihat mereka (PH) meletakkan papan iklan itu bersebelahan dan apa yang tertera dijadikan perbandingan oleh sesiapa sahaja yang melihat.
“Ini merupakan satu kaedah psikologi yang mana orang akan terpengaruh dengan apa yang dilihat.
“Di seluruh negara terutama di lebuh raya kita dapat perhatikan BN menggunakan papan iklan yang sama iaitu mempamer gambar Datuk Seri Najib,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat analisis pada Seminar Separuh Hari PRU14:Implikasi Kepada Pilihan Raya ke-15, di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini hari ini.
Seminar itu turut mengundang beberapa panel antaranya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Pensyarah Pengajian Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar; Ketua Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Rais Hussin Mohamad Ariff .
Dalam pada itu Suhaimee berkata, PH yang kini sudah berjaya membentuk kerajaan dilihat tidak bimbang dengan janji-janji yang pernah diungkapkan sebelum PRU kerana ia sememangnya strategi dalam meraih undi.
“Itu sebab itu, mereka boleh kata macam-macam pula apabila menyebut manifesto bukan kitab suci dan sebagainya.
“Janji pula harga minyak akan turun RM1.50 bila menang hari ini untuk dilaksanakan esok, sebab mereka tahu itu takkan jadi realiti,” ujarnya.
Mengulas mengenai langkah kerajaan  menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun Suhaimi berpendapat, ia merupakan hak golongan umur tersebut untuk membuat pilihan memilih kerajaan kerana menyifatkan mereka sudah matang.
Ini kerana katanya, jika seseorang itu sudah pandai bercakap sesuatu mengenai apa sahaja berkaitan politik, ia menunjukkan individu itu sudah faham dan peka dengan keadaan sekelilingnya.
“Bagi saya kalau seseorang itu walaupun dalam usia muda sudah boleh bercakap atau mempunyai pengetahuan tentang politik dia sudah matang.
“Jadi wajar kalau dia membuat pilihan sendiri (memilih pemimpin) untuk masa depan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette
SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich