Najib Razak tidak faham dengan Malaysiakini yang membuat tajuk utama berita dengan fokus pada punggungnya.
Bekas perdana menteri itu berkata peguamnya Muhammad Shafee Abdullah telah membuat penjelasan panjang lebar dengan media tentang kes SRC International Sdn Bhd petang ini.
“Kadangkala saya tak faham dengan Malaysiakini ini. Banyak maklumat penting diulas oleh dia (Shafee) tapi yang dibuat tajuk berita utama oleh Malaysiakini adalah punggung saya pulak!
“Dulu saya pergi tandas, Malaysiakini buat tajuk berita utama. Saya pegang kamera henfon saya, dijadikan tajuk berita utama oleh Malaysiakini juga!” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata Shafee hanya menyatakan kerisauannya mengenai kesihatannya, yang terpaksa perlu duduk antara empat hingga 10 jam setiap hari untuk tempoh 58 hari di bangku kayu di kandang tertuduh mahkamah tinggi Kuala Lumpur.
“Itu saja. Kenapa perlu dibuat tajuk berita utama pulak? Yang lagi penting diulas oleh peguam saya, tak nak lapor ke?
“Tak payahlah fokus sangat pada punggung saya. Bukan saya yang terlibat dalam video Sandakan itu pun,” katanya dalam hantaran di Facebook petang ini.
Bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini, Shafee meminta meminta Peguam Negara Tommy Thomas dan mahkamah agar kerusi kayu tempat bekas perdana menteri itu duduk berjam-jam hampir setiap hari dipasangkan kusyen.
Menurut peguam kanan itu, bertentangan dengan konsep tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah anak guamnya sudah dihukum dengan terpaksa duduk di permukaan keras bangku walaupun kesalahannya belum disabitkan.
"Anda yang lain berada di galeri awam. Anda mempunyai lapisan kusyen... Itu pun saya dimaklumkan oleh (wartawan kanan) dia rasa sakit (duduk di kerusi itu) kerana ia masih agak keras.
"Bayangkan, (tertuduh) perlu duduk di situ berjam-jam... Saya jemput anda duduk di situ hanya untuk sejam. Anda mungkin lebih muda, punggung lebih berisi daripada Najib. Kita tengok kalau anda boleh tahan,” katanya.
Pihak pendakwaan menutup kesnya terhadap bekas perdana menteri itu hari ini.
Najib berdepan dengan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hakim Nazlan Mohd Ghazali akan memutuskan pada 11 Nov sama ada Najib perlu membela diri.
=====================================
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich