IPOH – Berita yang mendakwa Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong mengalami masalah mati pucuk atau “alat kelamin tidak berfungsi” dalam laporan perubatan adalah tidak benar.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, sebaran gambar mengenai dakwaan itu merupakan berita palsu.
Beliau yang dipetik Kwong Wah Yit Poh juga membidas pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan hina dan jahat melalui fitnah.
Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata, berita tidak harus dihasilkan hanya menggunakan sekeping gambar yang tidak disahkan kesahihannya.
Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol pembantu rumahnya.
Pada 8 Julai lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Choo Kiong di rumah majikannya. – MalaysiaGazette
=====================================
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -