Pages

Tuesday, August 27, 2019

Zakir sudah dinasihat tidak sentuh isu politik, kata Hadi

PUTRAJAYA - Pas telah menasihatkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik agar berhati-hati dan tidak menyentuh isu politik di negara ini, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, ini kerana kerja dakwah dan politik mesti dipisahkan.

"Ya (Zakir perlu fokus kepada dakwah). Dakwah secara akademik dan perbandingan (agama) secara ilmu.

"Apa yang penting pihak yang lain itu kena jawab dengan hujah. Kalau tak boleh jawab itu jangan marahlah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Gagasan Sejahtera yang dihadiri pemimpin-pemimpin Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Berjasa, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mendakwa, isu Zakir telah dipolitikkan oleh DAP dan Pas sebagai parti politik bertanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan.

"Kita berpendapat biar kita yang tangani isu politik kerana parti politik yang memainkan isu ini, bukan Zakir. Beliau hanya beri jawapan bagi pihak dirinya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zakir Naik kekal tinggal di Malaysia: Tun M

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa Zakir kekal tinggal di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:Zakir Naik beri keterangan di Bukit Aman

Zakir disiasat pihak berkuasa Malaysia selepas dilapor mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu tempatan dan kedudukan masyarakat Cina ketika berucap pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan pada 9 Ogos lalu.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich