Thursday, March 26, 2020

Lelaki 76 tahun korban ke-20 Covid-19

Seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun meninggal akibat Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu yang merupakan pesakit 780 dan berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh.
"Beliau telah menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020," kata Noor Hisham dalam kenyataan di laman Facebooknya.
Ia menjadikan angka korban akibat Covid-19 kini mencapai 20 orang.
Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan empat kematian pada hari ini, dengan 172 kes baru.
Daripada keseluruhan 1,796 kes, 1057 mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh yang berlangsung di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.



KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan

Sumbangan ikhlas untuk dakwah KelateDaily:
Trasfer Ke Bank : QM Rich
08086010034971 (Bank Islam)
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com