Pages

Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

Friday, June 9, 2017

Kenali Qatar

QATAR
KENALI QATAR.
KENAPA NEGARA INI INGIN DIMUSNAHKAN?
1. Pendapatan per kapita tertinggi di dunia pada kadar 146,000 dolar setiap tahun.
2. Negara kedua di dunia dalam bilangan jutawan kira-kira 30 ribu jutawan
3. Negara yang pertama Arab dan keempat di dunia dalam pendidikan yang berkualiti selepas Jepun.
4. Negara yang pertama di dunia Arab dan keenam di dunia pada tahap kualiti kesihatan.
5. Pertama di dunia Arab dan kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.
6. Negara kedua dalam kadar keselamatan dan risiko lebih selamat dr segi keganasan.
7. Negara yang pertama Arab dan 12 di peringkat global dalam Laporan Daya Saing Global.
8. Negara pertama di dunia berada di kedudukan dalam petunjuk pengangguran.
9. Aset bank Qatar QR1.1 trilion.
10. Qatar adalah bank Arab terbesar dengan aset kira-kira 520 bilion riyal
11.  $ 300 bilion dana berdaulat yang melibatkan 39 buah negara.
12. Saham ketara dalam bank-bank terbesar di Eropah Barclays dan Credit Suisse.
13. Saham terbesar kedai barangan mewah di dunia Harrods London.
14. Setiap tahun menghabiskan $ 6 bilion ke atas projek penyelidikan saintifik.
15. Qatar Airways yang paling pesat berkembang dunia 170 pesawat.
16. Qatar Telecom beroperasi di 17 buah negara dengan 107 juta pelanggan.

18. Qatar memiliki 28% daripada menara London, ibu negara Britain.
19. Semua rakyat dilayan secara luaran atas perbelanjaan Negeri itu.
20. Satu-satunya negara di dunia di mana air dan elektrik adalah percuma.
21. Satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai cukai.
22. Hamad Airport menerima gelaran lapangan terbang yang terbaik di dunia.
23. Negara yang pertama di dunia dalam penyebaran gentian optik.
25.  Negara pertama di dunia dalam petunjuk infrastruktur.
26.  Negara pertama di dunia dalam tabungan negara.
27.  Negara paling selamat daripada risiko bencana.
28.  Negara Arab pertama dalam kelajuan Internet.
29. Negara Arab pertama dalam indeks keselamatan makanan.
39. Negara Arab pertama dalam pembangunan manusia.
40. Negara Arab pertama dalam pembangunan pasaran modal.
41. Negara Arab pertama di syarikat penerbangan.
42. Pengeluaran LPG yang pertama di dunia di dunia.
43. Memiliki armada kedua terbesar pengangkutan gas di dunia.
44.  Memiliki 15 bilion tong minyak yang cukup untuk 40 tahun.
45.  Memiliki 900 trilion kaki padu gas cukup untuk 143 tahun.
46.  Kedudukan ke-4 di peringkat global dalam pengeluaran petrokimia.
47.  Setiap 30 hari sepanjang bulan Ramaddhan Qatar satu satu nya negara di dunia yang memberi subsidi 50% pada semua barang makanan asas buat semua penduduk dan rakyat Qatar yang berjumlah 2.3 juta.... contoh...minyak masak,daging,ayam,ubi kentang.
Inilah Jawapan Kenapa Qatar Perlu Dimusnahkan...
Agenda Siapa?
Waaullahualam

Saturday, February 13, 2016

TG Nik Abdul Aziz: Tinggalkan kita dengan seribu kebaktian

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

GENAP setahun pemergian maestro dakwah, siasah dan tarbiah negara ini, dialah kejora yang hadir dalam harakatul ummah di tanah watan ini.

Tanggal 12 haribulan Februari, umat Islam bukan sahaja memperingati kesyahidan Hasan al-Banna, namun mereka akan terus memperingati seorang lagi sosok besar perjuangan Islam. Tokoh tanah Jawi yang namanya begitu besar melangkaui benua dan lautan.

Penulis terkesima melihat laporan kematiannya di dada akhbar Algeria sewaktu berpeluang melawat tanah "sejuta syuhada" itu. Visual pemakaman almarhum dengan lautan manusia itu tersebar ke seluruh buana, diikuti kisah magis bagaimana lelaki renta ini menakluki hati manusia termasuk yang non muslim.

Sesepuh perjuangan ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan indah, dirinya menjadi kenangan kolektif kita semua, anak segala bangsa. Aku mengenang kembali setahun yang lampau pada tanggal 12 Februari, seakan masa berdetak begitu pantas, memecut semahunya.

Seakan petir menyambar relung hati apabila mesej kepulangan abadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aku terima saat sedang berforum memperingati as-syahid Hasan al-Banna di Masjid al-Azim Pandan Indah. 12 Februari 1949, umat Islam kehilangan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan 12 Februari 2015, dunia Islam kehilangan pula Mursyidul Am Pas. Air mata mula bergenang dan aku menamatkan forum malam itu tanpa ada sesi soal jawab, terasa jasad longlai dan kehilangan patah-patah kata. Terpanar!

Aku mula merasakan kehadiran Ayah Ziz dalam hidupku pada tahun 1986, apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu memberikan kuliah subuh di Masjid Rusila sempena Muktamar Pas Pusat. Sejujurnya aku tertidur culas semasa kuliah subuh berlangsung, suara perlahan yang penuh mutiara ilmu itu tak mampu dicicip oleh aku dan teman-teman remaja berseluar jeans lusuh dan berbaju T.

Kami mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun tersebut. Pada malam itu hujan turun ketika kami melabuhkan badan di perkarangan masjid Rusila, kami berlari masuk menyambung dengkuran dalam masjid dan menyambung tidur lagi semasa kuliah subuh berlangsung.

Aku merenung kembali nostalgia ini dengan dada sebak dan air jernih mengalir dipelupuk mata, merasa beruntung kerana jamaah ini dipandu oleh ulama dan tidak meminggirkan kami anak-anak remaja yang jahil.

Pada tahun 1990 pula bersama teman-teman yang mengambil peperiksaan STPM, kami bertakbir kegembiraan di perkarangan Pejabat Daerah Marang, bukan sahaja meraikan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, juga kerana keberhasilan PAS menawan kembali Kelantan melalui pemuafakatn politik APU.

Nama Tuan Guru Nik Aziz mulai diratib oleh rakyat negara ini apabila menjadi Menteri Besar Kelantan, dengan penampilan sederhana alumni Deoband dan al-Azhar ini mula mendapat sorotan lensa dan menjadi tajuk utama berita.

Sosok ini menjadi fenomena politik dan dakwah tanah air, ribuan manusia menghadiri kuliah dan ceramahnya di mana sahaja beliau hadir. Paling menarik, kejayaan almarhum melintasi garisan politik kepartian, sosok dan aura sebagai negarawan mengiringi pelbagai ilmu yang beliau miliki.

Tuan Guru Nik Aziz semenjak usia mudanya sehinggalah sebelum beliau di masukkan ke wad ICU berhempas-pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama sistem hidup.

Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan men’tarjih’ masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini.

Semenjak dilantik sebagai MB beliau kekal mendiami rumah kampungnya yang serba sederhana yang dijirani dengan masjid dan Sekolah Agama Darul Anuar yang didirikan oleh Almarhum orang tuanya sendiri.

Segak bergaya dengan lilitan serban, bersampin dan berbaju melayu dan beliau juga memulangkan elaun rumah sebanyak RM3,000 kepada perbendaharaan negeri. Tidak ada jurang di antara beliau dengan rakyat pelbagai peringkat, datanglah seusai subuh setiap hari Jumaat, Tuan Guru melayan tetamu yang datang dari seluruh negara.

Rumah dan masjidnya menjadi produk pelancongan bagi negeri Kelantan. Kuliah Subuh pagi Jumaat mempunyai tarikan yang besar kepada anak-anak tempatan dan pelancong luar Kelantan. Hidupnya tidak dikelilingi oleh pengawal peribadi seperti pemimpin lain di Malaysia, tiada skuad motor atau ‘out rider’ mengiringi beliau ke hulu ke hilir.

Jika hari lebaran tiba, berkunjunglah ke Pulau Melaka dan santaplah apa yang ada sekadarnya.Tuan Guru tidak membazirkan duit rakyat untuk jamuan raya rumah MB, elaun keraian MB juga diserahkan kepada perbendaharaan negeri, bahkan gajinya dipotong sebanyak 45 peratus untuk rakyat dan parti yang didokongnya.

Seperti kata seorang sahabat, bahawa sosok ini akan muncul sekali dalam seabad malah permata kepada PAS yang ingin menterjemahkan konsep ‘good governance’. Bayangan Umar Abdul Aziz memerintah (99H-101H) kini dan telah muncul di Kelantan. Tuan Guru mengingatkan kita kepada akhirat dalam arus pemodenan yang sarat dengan perlumbaan untuk meraih kemewahan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah sosok yang wajar diteladani oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam di negara ini. Beliau berjaya menunjukkan kepada rakyat negara ini dan juga dunia bagaimana untuk mengaplikasi ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya.

Keupayaan ini sangat terserlah sehingga banyak ditiru olek kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri BN yang lain. Beliau mempunyai kekuatan spiritual yang ampuh bagi menghadapi serangan liar musuh dengan tidak mengabaikan amalan-amalan sunat bagi melestarikan amalan fardhu, tutur patahnya di saat tenang mahupun saat cemas semuanya dikaitkan dengan nas yang kukuh.

Figur ini sering pula menjadi bidikan media milik BN dengan memutar belit kenyataan supaya sosok mulia ini dilihat angkuh, bodoh dan menjadi liabiliti kepada PAS, namun semua serangan ini akan dan telah menjadi ‘boomerang’ yang membahang batang tengkuk diri mereka kembali.

Almarhum Tuan Guru yang telah menikmati saat-saat gemilang dalam kehidupan. Beliau telah diangkat menjadi ikon kepada seluruh masyarakat. Beliau bukan sahaja milik kepada ahli-ahli PAS namun juga rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti politik juga sangat senang apabila berbicara tentang beliau.

Umno sendiri mengakui bahawa agak sukar untuk mereka merampas kembali Kelantan ketika Tuan Guru masih berkuasa, sebagai mana yang kita lihat dalam PRU12, kempen ’pade doh 18 tahun’ yang dilancarkan oleh pemuda Umno Malaysia dilihat tidak berhemah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan yang masih setia bersama Tuan Guru selepas 18 tahun memerintah Kelantan.

Abad 20 telah menyaksikan ramai tokoh- tokoh Islam dengan kerencaman bakat dan kepakaran, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Dr M. Natsir, Yussuf Qaradhawi, Dr Mustapha as-Sibaie, Abul Ali Hassan an-Nadwi, Ahmad Yassin, serta ribuan tokoh lain yang menulis sejarah dengan tinta emas.

Namun, Tuan Guru bukan sekadar ideologue kepada gerakan Islam malah pentadbir yang berkesan, satu ruang yang jarang dikecapi oleh tokoh-tokoh besar gerakan Islam yang lain. Tidak kurang pula tokoh gerakan Islam yang berada di singgahsana kekuasaan akhirnya terkumpul dengan imej kejabatan dan kebobrokan.

Almarhum Tuan Guru dalam tempoh lima penggal mentadbir Kelantan telah berinteraksi dengan khalayak yang pelbagai, Beliau tidak pernah berhenti untuk mendidik masyarakat Kelantan dan juga luar Kelantan. Pemikirannya sentiasa dikaji dan diperdebatkan.

Tidak kurang pula kenyataannya dipolemikkan seperti isu ‘tuhan samseng’, ‘bekerjasama dengan syaitan’ dan pelbagai isu lain yang telah dipolitikkan dengan cara berlebihan oleh media. Tuan Guru dalam membuka ruang perdebatan telah memungkinkan rakyat dihidangkan dengan Islam yang sebenar, terlalu banyak isu yang berakhir dengan ramuan kesempurnaan di sebelah Tuan Guru dan juga PAS serta negeri Kelantan.

Tokoh murabbi ummah ini meninggalkan kita dengan seribu kebaktian dan menjadi cermin keteladanan di jalan dakwah, tarbiah dan siasah. Maestro dakwah ini menjadi arca yang memantulkan cahaya pembias sehingga mengharumkan gerakan Islam ini, pemergiannya ke negeri abadi untuk selamanya telah ditangisi jutaan manusia, melepasi sempadan geografi dan politik.

Ratusan ribu menyolatkan jenazah almarhum serta menyempurnakan pemakaman insan yang bukan hanya milik PAS tetapi ummah seluruhnya. Bersemadilah dengan penuh bahagia wahai sang murabbi dan kami akan terus menyambung perjuangan membentengi agama Allah ini sehingga Deenullah ini tegak di tanah leluhur ini. – HARAKAHDAILY 12/2/2016

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan Pusat)

IKLANKAN PRODUK ANDA



IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944
Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com

Tuesday, December 17, 2013

Bala apa yang menimpa Bangladesh sehingga syahidnya Sheikh Abdul Kader Mullah?

DEC 17, 2013

 HTTP://HIJABULCREWZ.BLOGSPOT.COM


[GAMBAR] BALA APA YANG MENIMPA BANGLADESH SEHINGGA SYAHIDNYA SHEIKH ABDUL KADER MULLAH?

Ketahuilah apa sebenarnya punca kepada kebangkitan rakyat di Bangladesh. Kenali juga siapakah insan pilihan Allah, Sheikh Abdul Kader yang telah syahid baru-baru ini? Baca juga apakah kata-kata terakhir beliau kepada para pejuang Islam bukan sahaja di Bangladesh malah di seluruh dunia. Lihat juga gambar-gambar sekitar pengebumian asy syahid di Bangladesh. AllahuAkbar!
 
Mahkamah Pengadilan Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 di mana Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.
 
Sheikh Abdul Kader Mullah

Terbaharu pihak mahkamah telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin Jamaat-el-Islami bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari lalu, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Human Rights Watch yang berpusat di New Yorksebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.

 
Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca daripada protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Kader Mullah terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Dalam hal ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk kepada tekanan segelintir golongan sekular pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya diberikan kepada Abdul Kader.
 
Sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia beroperasi tanpa melibatkan pengawasan PBB. 
 
Sepatutnya Mahkamah Bangladesh melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah zalim dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi pemerintahan negara tersebut.
 
Dalam keadaan parti politik seperti Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?
 
Kata-kata terakhir buat keluarga as-Syahid:
"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.


Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. 
Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."
Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh

Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed, Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8 Februari 2013 :
  • Kami bersama deru angin kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia, menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti Islam), bukannya tuduhan jenayah.
  • Kami menyeru kepada semua Negara, dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini dihentikan.
  • Salah satu tujuan syariah (undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi, prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat menjatuhkan politik lawan.
  • Kami menuntut kerajaan Bangladesh (pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan. Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.
  • Kami memberi amaran kepada pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik rejim.
  • Kami yakin bahawa Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.
  • Jamaat-el-Islami diasaskan pada tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.

Kepada pendukung Jamaat Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

 

Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini. 
 
Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi. 
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.  
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabiladisabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.  
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. 
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.  
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. 
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!  
Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia
Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:
 

Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:
 

 
Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh!
 

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com


Friday, December 13, 2013

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS - DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Safar 1435/ 13 Disember 2013

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH


Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 – 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran. Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh. Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendokong Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-Syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyinsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar !.

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Malaysia.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com