Pages

Tuesday, April 22, 2008

Karpal Komen PAS lagi

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata adalah janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang sama bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urustadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuh kerajaan Islam di Malaysia.

Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut.Minta nasihat Tun SallehMenurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS itu tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa."Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," katanyaMenurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular.

"Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tun Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal sebagi menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.

'Henti buat kenyataan'Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan mewar-warkan lagi untuk menjadi Malaysia sebuah negara Islam.Menurutnya, adalah tidak memberi sebarang makna untuk PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam."PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal sambil menambah PAS tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada Pakatan rakyat serta boleh menjejaskan usaha untuk memperkukuhkan pakatan berkenaan.

Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah bagi pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan secara terbuka bahawa Malaysia akan dijadikan sebuah negara Islam.
Dalam pilihanraya umum lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.


Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.
Berikutan itu, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.