Pages

Tuesday, April 22, 2008

Henti penggunaan produk tradisional Pronoton




KUALA LUMPUR(Berita Harian Online): Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk tradisional “Pronoton” kerana ia mengandungi racun berjadual “analog sildenafil” yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman, berkata pendaftaran produk itu sudah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). “Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dengan preksripsi doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eisah berkata penggunaan produk tradisional mengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain. "Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta," katanya.
Beliau berkata, pemilikan untuk jualan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
22 April 2008: //sumber berita harian online