Pages

Tuesday, April 22, 2008

Surat tunjuk sebab untuk Kah Choon

Mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) Gerakan memutuskan untuk memberi surat tunjuk sebab kepada bekas Datuk Lee Kah Choon kerana menerima jawatan pengarah dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif (EC) investPenang (iP).

Melalui surat tersebut, Kah Choon yang juga bekas setiausaha parlimen kementerian kesihatan, akan diminta menjelaskan mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berhubung perkara tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, sebelum ini, parti tersebut telah mengarahkan ahli-ahlinya supaya melepaskan semua jawatan dalam majlis daerah dan majlis perbandaran, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di semua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat."

Oleh itu, tindakan Datuk Lee berlanggar prinsip dan semangat dalam arahan yang dikeluarkan oleh pihak parti," katanya.Arahan tersebut, tambahnya, dibuat berasaskan premis bahawa Gerakan kini perlu memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang di Pulau Pinang."Kita tidak akan mampu melaksanakannya secara objektif sekiranya ahli-ahli kita sendiri memegang jawatan penting dalam pentadbiran tempatan dan negeri," katanya.

Tiada pengalamanSehubungan itu, Dr Koh mempersoalkan motif politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Datuk Lee Kah Choon memegang kedua-dua jawatan tersebut."Datuk Lee tidak mempunyai pengalaman dalam mempromosi pelaburan di sektor perindustrian. "Setakat ini, beliau mempunyai pengalaman sebagai seorang peguam dan setiausaha parlimen kementerian kesihatan, yang tiada kaitan dengan industri pembuatan," tambahnya.

Sebagai perbandingannya, Dr Koh berkata, kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini, telah melantik Datuk Kalsom Abdul Rahman sebagai pengerusi EC investPenang."Datuk Kalsom merupakan pengerusi SMIDEC (Perbadanan Industri Sederhana Kecil) Malaysia dan juga bekas timbalan ketua setiausaha MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

"Timbalan Pengerusi EC investPenang ketika itu adalah Datuk Seri Kelvin Kiew yang merupakan seorang pakar industri yang mempunyai hubungan yang luar di peringkat antarabangsa.

"Kedua-duanya - Kalsom dan Kelvin - mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang pelaburan dan langkah mempromosinya," tambah Dr Koh.Beliau berkata, memandangkan industri merupakan sektor ekonomi paling penting di Pulau Pinang, maka adalah tidak sesuai bagi Lim Guan Eng bermain politik sedemikian yang mungkin menjejaskan usaha dan kemampuan Pulau Pinang untuk menarik pelaburan ke negeri itu dengan lebih berkesan.