JPP: Umno-BN cabuli kedaulatan Raja-raja Melayu - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Tuesday, April 22, 2008

JPP: Umno-BN cabuli kedaulatan Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) - Usaha Umno-BN mewujudkan kerajaan dalam kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat disifatkan sebagai mencabuli kedaulatan Raja-raja Melayu.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yang mahu Majlis Raja-raja menasihati Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera membubarkan JPP.
"Kerajaan BN seolah-olah tidak mengiktiraf keputusan rakyat yang memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat mentadbir lima negeri dengan mewujudkan JPP," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

JPP katanya adalah badan penyaluran peruntukan pembangunan yang bukan kepada kerajaan negeri yang memerintah, sebaliknya satu jabatan lain yang terasing.
Ini sekaligus menghina kedaulatan Raja-raja Melayu yang menjadi paksi kepada rakyat di negara ini dan sekaligus pihak yang merestui pengwujudan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat selepas menang dalam pilihan raya umum lalu, katanya.

Beliau mendesak Majlis Raja-raja yang bersidang hari ini dan esok memperhalusi hal ini selain mendesak Perdana Menteri agar tidak mendiskriminasi negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Pertemuan esok yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri adalah landasan tebaik untuk mendesak kerajaan agar menghormati keputusan rakyat," kata Mahfuz.

Beliau juga tidak mendesak Majlis Raja-raja melihat soal tindakan Umno-BN dalam isu Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) selain isu Ketua-ketua Kampung di Perak yang hanya menimbulkan konflik.

"Mereka ini (Umno-BN) seolah-olah tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sedangkan ia adalah pilihan rakyat," katanya. - mks.