Pages

Tuesday, April 22, 2008

Royalti minyak: Umno jadikan rakyat Terengganu merana

Nampaknya Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) melancarkan perang
terhadap kerajaannya sendiri di Terengganu apabila tidak berhasrat untuk
mengembalikan semula wang royalti peroleum dan gas sebagaimana perjanjian
kerajaan itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang sepatutnya diterima secara
tunai sebanyak lima peratus setahun.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam dilaporkan
menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang
disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu
kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.


"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan
ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," kata Abdullah di
sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008
hari semalam.


Beliau diminta mengulas kenyataan Dato' Ahmad Said semalam bahawa sejak wang
ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk
kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.


Perlu diingat tidak kurang RM1 bilion Terengganu sepatutnya memperolehi
royalti minyak setahun memandangkan kenaikan mendadak harga minyak dunia, lebih
USD100 setong sekarang.


Persoalannya apa yang dimeteraikan antara kerajaan negeri Terengganu dan
Petronas itu adalah perjanjian untuk mengeluarkan lima peratus wang royalti
minyak kepada negeri itu dan wang itu pula diserahkan kepada kerajaan tersebut
diurus tadbir dan dimasukkan dalam Wang Disatukan sekaligus menjadi hak kerajaan
dan rakyat negeri secara undang-undang.


Dengan tindakan tersebut Perdana Menteri tidak mengiktiraf lagi perjanjian
tersebut walaupun beliau tidak mengatakan perjanjian itu batal. Tetapi dengan
tindak tanduknya yang serupa dengan bekas perdana menteri lalu, Tun Dr. Mahathir
Mohamad seolah-olah perjanjian itu terbatal dengan sendirinya.


Dengan kerajaan sendiri pun, Abdullah masih tidak terbuka dan mengiktiraf
perjanjian pemberian royalti petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sedangkan
di negeri lain seperi Sabah dan Sarawak, perjanjian itu masih berjalan seperti
dahulu tanpa gangguan .


Malah difahamkan kedua-dua negeri berkenaan akan menerima lima peratus lagi
royalti petroleum dan gas tidak lama lagi.


Apakah beliau berdendam dengan Ahmad atau dengan pihak lain di Terengganu,
tidaklah diketahui.


Apakah Abdullah mahu melihat demonstrasi besar-besaran rakyat berlaku di
Terengganu, menuntut royalti petroleum dan gas di kembalikan kepada kerajaan
Terengganu? Rasanya tidak sukar ia dibuat jika ada penggeraknya apa lagi jika
disokong kerajaan negeri sendiri.


Pokoknya kerajaan di bawah Dato' Ahmad dan rakyat Terengganu tidak boleh
menerima keputusan Kerajaan Pusat yang masih enggan menyerahkan semula wang
royalti itu.


Apa yang dinyatakan oleh Abdullah hanya satu alasan yang dibuat-buat untuk
membolehkan tindakannya tidak mengembalikan wang rakyat itu.


Apa motif sebenarnya tindakan Abdulah di sebalik keenggannya menyerah wang
itu? Mungkin umum boleh membaca dan membuat andaian. Pertama projek yang
dilaksanakan dengan menggunakan wang tersebut masih belum selesai spenuhnya.


Ini termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
bernilai kira-kira RM300 juta, Monsoon Cup yang perbelanjaan sebanyak kira-kira
RM300 juta lagi. Ia mempunyai kontrak selama lapan tahun mulai 2005.


Selain itu projek Tamadun Ilmu dan Masjid Hadhari masing-masing di Besut
bernilai beratus-ratus juta ringgit, semuanya menerima peruntukan dari wang
tersebut yang kini bertukar menjadi Dana Khas (sebelum ini di pangil Wang
Ehsan).


Kedua, orang yang bekerja keras mendokong projek berkenaan, Dato' Seri Idris
Jusoh, sekarang tidak lagi menajdi menteri besar. Idris adalah orang Abdullah
manakala Ahmad menteri besar yang diperkenan oleh istana dan rakyat.


Justeru kesinambungannya tidak ada. Lagi pun jika wang itu dikembalikan
sebagai royalti, dipercayai Abdullah dan kroninya tidak dapat lagi menggunakan
wang itu untuk meneruskan projek yang dirancang dengan bebas tanpa sebarang
auditan sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara baru-baru ini.


Tidak diaudit bererti penyalahgunaan wang berkenaan tidak akan terdedah
kepada umum dengan mudah. Justeru, kroni dan keluarga Abdullah yang dipercayai
terbabit dengan projek raksaksa di Terengganu itu begitu mudah mendapat habuan
tanpa memperdulikan samada ia bertentangan dengan peraturan atau tidak.


Dipercayai inilah untungnya bagi Abdullah dan anak menantunya, Khairy
Jamaluddin dan kroni mereka Patrick Lim mengekalkan Terenganu tidak menerima
wang royalti petroleum.


Sekarang siapa yang mahu dipersalahkan? Umno Terengganu di bawah Idris Jusoh
sebagai Pengerusi Perhubunganya perlu dipersalahkan. Merekalah dikatakan menjadi
punca royalti petroleum bertukar menjadi Dana Khas.


Inilah akibatnya apabila keangkuhan dan dendam kesumat bertakhta dalam
politik negara. Kepentingan jangka panjang untuk rakyat terengganu diketepikan
begitu sahaja kerana dendam itu dan permusuhan Umno terhadap kerajaan PAS
Terengganu sedikit masa lalu.


Sekarang siapa yang susah? Rakyat dan Kerajaan Terengganu di bawah Dato'
Ahmad yang susah.


Penulis amat tersinggung dengan tindakan politik tidak berperikemanusiaan