Pages

Tuesday, April 22, 2008

GERAKAN mencadangkan lebih ramai wakil pembangkang dilantik J/Kuasa Rasuah

Parti Gerakan mencadangkan lebih ramai wakil pembangkang dilantik menganggotai jawatankuasa peringkat parlimen mengenai pencegahan rasuah bagi memantau Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SARM) seperti diumumkan perdana menteri semalam.

"Kita berharap pembangkang akan memainkan peranan membina dan membantu usaha perdana menteri memerangi rasuah," kata ketua Pemudanya Datuk Mah Siew Keong.

pak lah abdullah badawi aca bpr 190408Ketika merasmikan Dialog Integriti Asean 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sebuah jawatankuasa peringkat parlimen itu akan dibentuk dalam rangka reformasi Badan Pencegah Rsuah (BPR) menjadi suruhanjaya bebas dan lebih mantap.

Anggota jawatankuasa itu boleh mendapatkan penjelasan dan keterangan, kata Abdullah, mengenai laporan tahunan yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut.

Selain itu, perdana menteri juga menjanjikan tiga lagi reformasi:

bullet buttonmenambah 5,000 lagi pegawai pada setiap peringkat meliputi pelbagai bidang kepakaran dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menambah kekuatan gerakan antirasuah; di samping menawarkan terma baru perkhidmatan yang menarik;

bullet buttonmemperkenalkan perundangan bagi perlindungan menyeluruh pemberi maklumat dan saksi;

bullet buttondan menambahbaik proses perolehan awam menerusi tindakan yang dapat menangani masalah-masalah tertentu dalam sistem berkenaan.

hadi awang interview 040208 forwardSelain sokongan Gerakan, suruhanjaya baru itu turut mendapat sokongan PAS dan PKR, dua parti dalam Pakatan Rakyat.

"Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah yang bersih.

"Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam erti kata yang sebenar," kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga mendakwa parti itu berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih daripada rasuah di Kelantan, sejak 1990 dan di Terengganu selama satu penggal antara 1999-2004.

"Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah," tambahnya.

black 14 questioning 160408 wan azizahPKR pula menganggap cadangan penubuhan suruhanjaya bebas itu sebagai kejayaan masyarakat sivil dan parti-parti pembangkang selama ini walaupun "terlambat empat tahun" sejak manifesto BN dalam pilihanraya umum 2004.

Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata cadangan Abdullah "tidak bermakna apa-apa tanpa pindaan Akta Badan Pencegahan Rasuah".

"Kami menunggu perdana menteri membentangkan rang undang-undang pindaan akta tersebut dalam sidang Dewan Rakyat akan datang," katanya.

Beliau juga berharapan hasrat perdana menteri untuk menambah bilangan kakitangan badan pencegahan rasuah itu dan menggubal akta bagi melindungi pemberi maklumat awal "tidak tinggal sebagai cadangan semata-mata."

"Tidak kurang pentingnya, media mesti diberikan ruang kebebasan daripada kekangan kerajaan kerana tanpa media yang bebas, agenda memerangi rasuah tidak akan berjaya semata-mata dengan adanya BPR yang lebih bebas," kata Wan Azizah.

Perdana menteri berkata penstrukturan semula BPR diharapkan selesai sebelum hujung tahun ini.